Catatan

DELISHES CAFE

AKOK

Imej
  Resepi akok 👇🏻 ☘️6biji telur ☘️2keping nise / gula melaka besar (kalau yg kecil 3keping) ☘️1cawan santan ☘️Garam 1/2 sudu kecil ☘️3sudu makan tepung gandum ☘️1/2 cawan air Masak gula melaka atau nise dgn air dan letak sehelai daun pandan..lps tu blend semua bahan di atas sehingga sebati (sy kacau dgn tgn je)..siap utk di bakar..saya bakar guna trio cupcake.. Nak bakar guna oven pon boleh.. suhu 180 masa 20 minit..api atas bawah Kredit :Siti Sarah hamid

DAGING / AYAM UNGKEP JAWA

Imej
 RESEPI DAGING/AYAM MASAK UNGKEP JAWA cara bonda mak mertuaku... Asminah parit lapis BAHAN A Bahan Kisar: 5 biji bwg kecik 3 biji bwg putih 5 tangkai cili kampung / cili api (nak pedas berasap sila tambah cili) 3 sdb ketumbar 2 sdb jintan manis (Ketumbar, jintan blend jangan halus sangat) 1 inci halia 1 inci kunyit Bahan Lain: 1 kg daging/ayam Garam secukup rasa 1 sdb gula 1 cwn air Minyak 2 btg serai (diketuk) kuali Cara buat: Blender bahan A hingga lumat. (gaulkan dengan daging - biarkan sekejap (perap sekejap) Panaskan minyak. Tumis serai yang diketuk tadi sampai agak layu Tumis hingga naik bau. Masuk kan daging. Tutup dan kecilkan sikit api. Kalau kering dan daging belum empuk sangat masukkan air sikit. perasakan garam gula. Masak hingga kering. Siap dan MasyAllah sedap. Enak dimakan dengan nasi atau lontong. ikut suka. Kredit:  Norazlina Mohamad

BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG RANGUP

Imej
 Resepi bancuhan tepung goreng pisang rangup 👉tepung beras 300g 👉telor 1bji 👉kapur mkn ckit je,anggaran 1/3 sdt 👉pwarna kuning 👉garam ckit 👉air secukupnya Cara2 👉bncuh kapur mkn ngn air ckit kmudian msukkan tpung bras. 👉masukkn garam,pewarna,air n last msukkn telor n kacau smpai sbati n x ketul2.(ltak air jgn cair biar agk2 lekat dkat pisng n jgn pekat sgt nanti x cntik bl d goreng). *ms goreng myk biar betul2 panas n gunakn myk byk biar pisang btul2 tggelam.jgn kecilkn api nati x cantik. Kredit Resepi : asmaziey mokhtar

RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI

Imej
 RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI . Bahan-bahan: 8 ketul ayam 3 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1/2 biji bawang besar* 1/2 inci halia* 1/2 inci lengkuas* 1/2 inci kunyit* 3 batang serai* 20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda * 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk) 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk) santan dari sebiji kelapa daun kunyit (hiris halus) 1 sudu kecil kerisik gula melaka garam air asam jawa . Cara: 1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati. 2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam. 3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa. 4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

KUEWTIAU SUP FISHBALL

Imej
 Resepi Kuewtiau Sup Fishball Bahan-bahan 1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang 1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan. 1 pek kecil fishball dibelah dua. 1 pek kecil fishcake - dihiris nipis. Cara nak buat dia: 1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api. 2. Ehhh dah siap dah. Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih. Minyak bawang putih: Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap. Cili Kicap: Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yan...

MELTED CHEESY FRIED CHICKEN

Imej
  Melted Cheesy Fried Chicken. Potong dada ayam, taburkan black pepper dan mixed herbs. Letakkan sekeping cheese dan tutup. Kunci ayam tu dengan lidi supaya tak terbuka. Salutkan dengan tepung bestari dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Siap. 

AYAM STIM CHINESE

Imej
AYAM STIM CHINESE  ----------------- ayam - potong kecil-kecil 3sb kicap cair 2st minyak bijan 1st serbuk lada hitam 2st gula garam daun bawang halia 2" caranya: ayam diperap bersama kicap..myk bijan n serbuk lada hitam..gula dn garam sedikit..(agak2 masinnya) perapkan selama sejam kemudian aturkan didlm loyang pengukus n taburkan dgn halia dn daun bwg..kukus hingga ayam masak.. siap... Sumber Kredit : Zarina Ayna