Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Imej
 RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL😋😋😋 Bahan-bahannya Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing. 10 tangkai lada kering - dikisar 4 ulas bawang kecil 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih  4 biji buah keras 1 btg serai 2 sudu besar sos tiram air asam jawa -secukupnya garam dan gula Sedikit minyak masak Cara2: 1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus) 2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai) 3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa. 4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak 5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal. 6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat. Kredit : Dzanariah

AYAM GORENG REMPAH KARI

Imej
 RESEPI AYAM GORENG REMPAH KARI Bahan-bahan 1/2 ekor ayam Bahan A ••••••••• 3 ulas bawang putih 1 inci halia 5 tangkai cili kering 5 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan lada sulah Garam secukup rasa Bahan B ••••••••• 1 biji telur 1 tangkai daun kari 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung gandum Cara-cara 1. Kisar kesemua bahan A 2. Gaul ayam bersama bahan A dan B 3. Perap selama sejam 4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak 5. Sedia dihidangkan Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah. Selamat mencuba 📷 Kredit: Bella Shabuddin

KEK BELIMBING BULOH

Imej
  KEK BELIMBING BULUH ✍️ *Bahan A* 1 caw minyak 1 caw gula 4 biji telur A 12 biji belimbing buluh 1/4 sudu teh garam ✍️ *Bahan B* Ayak: 2 caw tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh baking soda ✍️ *Cara²* 1. Blend semua dalam Food Processor bahan A di atas dalam 3 - 5 minit . 2. Letak dalam bekas campur kan bahan B 2. Gaul rata dengan bahan B ayak biar sebati 3. Guna loyang 8" yg siap di alas dengan baking paper 4. Bakar suhu 160'c selama 45-50 min (Breadmaker - suhu 160°c - 45 minit) Selamat Mencuba Kredit : K.Roz

SCONES

Imej
RESEPI SCONE Bahan A 2 cawan tepung naik sendiri 2 camb gula halus 1 1/2 camt baking powder 1/2 cawan kismis / mix fruit / kurma atau apa saja yg anda nak bubuh Bahan B 1/4 cawan butter dari peti sejuk ( satu ketul bahagi 4) Potong dadu kecik2 Bahan C 1 biji telur gred A 1/2 cawan +3 sudu besar susu segar atau susu cair Cara2.. TEKNIK SGT PENTING Panaskan oven suhu 180 1. Gaul sebatikan bahan A 2. Masukkan butter dadu tadi     Guna teknik gaul ramas hinga      Sebati tepung dan butter 3. Pukul telur, masukkan susu, kacau (simpan satu sudu besar) dan masukkan dalam Adunan tepung tadi, gaul mesra lemah lembut., JANGAN ULI BERIA2 Memadai membentuk doh . Terap guna cutter, susun atas loyang. Sapu dgn lebihan campuran susu dan telur tadi.. yg saya suruh simpan sikit tu Bakar 15 minit..  siap.. belah dan sapu la jem atau apa2 je anda suka..  sekian.. selamat memcuba . Kalau nak banyak, gandakan sukatan.. Kalau nk letak raisin.campur kan sebelum membentuk d...

SERIMUKA DURIAN

Imej
SERIMUKA DURIAN Lapisan pulut 2 cwn pulut rendam sejam,tos 2 cwn santan garam 2 sdb minyak masak *campur semua bahan kacau rata,kukus dalam loyang 25min. *dah kukus,padatkan tekan2. Lapisan durian 1 cwn isi durian 2 cwn santan 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung kastad 1 sdb tepung beras 1 cwn gula garam 1 biji telur pewarna kuning *Blend semua, masak atas api smpi naik wap shj kacau sentiasa pki whisk. (masak kejap aje) *Tuang atas pulut tadi,kukus 25 min. *Siap Kredit: Ana Mahtar

NENAS TUMIS CILI

Imej
 RESEPI NENAS TUMIS CILI Bahan-bahan:  √ Nenas potong kecil √ Bawang merah √ Bawang putih √ Cili masak √ Cili api √ Ikan bilis √ Garam √ Gula √ Kicap manis sedikit Cara-cara:  1. Blend bawang merah,bawang putih, cili masak, cili api dan ikan bilis, blend kasar nak tumbuk pun boleh.  2. Tumis bahan blend tadi sampai masak.  Masuk nenas dan air sikit agak2 ye nak banyak mana 3. Masuk garam, gula dan kicap sedikit. Agak2 la nak kuah banyak mana 4. Kalau nenas masam lebihkan gula 5. Dah sebati rasa boleh la di angkat SELAMAT MENCUBA!! Kredit : Resepi Pembuka Selera

CHEESEKUT LELEH BANJIR

Imej
 Resipi Cheesekut Leleh Banjir Bahan-bahan: 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh) 1/2 tin susu pekat 1/4 cawan susu segar 250g cream cheese Tatura *Serbuk Milo sebagai topping (optional, apa-apa bahan lain pun boleh) Cara buat: 1. KISAR BAHAN Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh. 2. RENDAMKAN BISKUT Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi. 3. LAPIS-LAPISKAN Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas. 4. LETAK TOPPING Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka. 5. SEJUKKAN Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan ...

SOTO

Imej
 RESIPI SOTO  Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan) •lengkuas 1 inci •halia 1 inci •bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp) •bawang putih 1 ulas •buah keras 1 biji *blend semua bahan di atas •Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti •serai 2 batang (ketuk) •minyak utk menumis •Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh) •Serbuk kurma adabi (guna separuh juga) •kiub ayam 1 •akar daun sup (potong n cuci bersih) •air 2 liter/ sejug *atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2. Cara masak: •tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi. •masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto. •masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air. •m...

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Imej
Ikan Bawal masam manis.. Bahan : Ikan apa pun boleh janji goreng dulu.. Bawang besar Bawang putih Sos cili* Sos tomato* Sos tiram* Kicap cair* Serbuk lada putih* Gula Air* Minyak untuk menumis Cara masak : 1- masukkan bahan yang bertanda * kedalam mangkuk dan kacau sebati.. 2- tumis hirisan bawang besar dan putih sehingga layu dan wangi.. 3-masukkan bahan sos yang telah disatukan.. 4: biar sos mereneh 2minit.. 5- masukkan gula biar mereneh sebentar. 6- tutup api perasakan.. 7- siap dan boleh dituang keatas ikan yang telah digoreng... NotaSiku : boleh je nak tambah tomato,cili epal dan timun..letak semasa mereneh sos..😊 Kredit : Cma Isma‎

NASI TELUR TERENGGANU

Imej
Bahannya: UDANG KERING HATI LEMBU  TELUR GORENG SARANG MINYAK SAPI  Caranya: Goreng udang kering dulu , udang kering tu blend skit , goreng api slow je smpai garing gune minyak sapi , pastu angkat goreng hati lembu yg kite hiris dadu , kcik kcik dan dadu .. goreng sampai garing jugok .. gune minyak sapi + minyak masak sikit .. last sekali goreng telur sarang , api slow kacau smpai ye garing ..  Bahan bahan td kite campur dalam nasi putih yg siap dimasak, sekali ngn lebihan minyak sapi skit , gaul gaul rata dan rasakan. Tak perlu tambah garam ke perasa sbb  udang kering sudah masin dan lemak lemak.  Sedap dimakan dengan ayam masak pedas, kerutuk atau gulai.  Kredit : Wan Haziman Wan Mazuki

AIR ASAM KERISIK

Imej
 Air Asam Kerisik • 3 biji bawang besar* • 30 biji cili padi* • 3 biji tomato* • 3 sdb asam jawa • 1 cawan air • 1 sdb belacan • 2 sdb kerisik • 2 biji limau nipis • 2 sdb gula pasir • 1 sdb budu/ sos ikan Cara Penyediaan: - Hiris bahan² yang bertanda *. - Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja. - Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging. Nota: - Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam Kredit : Resepi Mudah 

IKAN KUKUS SAMBAL THAI

Imej
 Resepi Ikan Kukus Sambal Thai Bahan-bahan : • Ikan siakap lumur dengan garam kemudian kukus sampai masak. • Bawang merah, halia, bawang putih dicincang halus. • Daun limau purut, cili dan bunga kantan. (cili dan bunga kantan dihiris halus). • 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu cili kisar, 1sudu kicap manis dan sedikit sos ikan. • Air perahan limau. Cara-cara : 1. Tumis cili kisar hingga masak. 2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau. 3. Kemudian masukkn sos cili, tomato, tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga naik bau. 4. Masukkan bunga kantan, cili daun limau purut. 5. Bubuh perasa dan masukkan air kukus ikan tadi dengan air perahan limau. 6. Jika sambal sudah siap, siram ke atas ikan. 7. Sedia dihidangkan. Kredit : Aneka Resepi Cake 

NASI BERLAUK GULAI AYAM

Imej
NASI BERLAUK GULAI AYAM  Resipi Sambal Sangat Simple : -Lada Burung, Cuka, Gula, Garam Saje..  Blend je semua ni tanpa air. Then siap..  Ketahanan, berbulan.. Resipi Gulai Ayam : 1) Panas minyak masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang 2) Lepastu masukkan bawang merah,bawang putih,kunyit,buah keras,lengkuas,halia (semua ni blend lumat2). Tumis 5-6minit ataupun sampai pecah minyak. 3) Lepastu, masukkan lada kering (yg ni pun blend lumat). Tumis jugak sekejap 5-6minit atau pun sampai pecah minyak. 4) Lepastu masukkan rempah gulai (yg ni cmpur air jadikan paste dulu, baru xcepat hangit). Rempah ni guna lah yang tuan/puan selalu duk guna. Babas ke Alagapas ke Faiza ke Adabi ke Cap O ke. Tapi mostly kami org kelantan selalunya guna rempah timbang. Kalau terengganu popular dengan cap bunga ros. Ni pun tumis sekejap 5-6minit ataupun sampai pecah minyak. *Step 1-4 tu ore kelate panggil mati awah(bagi rempah masak)* 5) Masukkan ayam/daging gaul2 dengan rempah tumis ...

AYAM GORENG JUALAN

Imej
 AYAM GORENG JUALAN 700g tepung gandum 1kg tepung beras 300g tepung ubi kayu 3 sudu teh serbuk lada putih 7 sudu makan stok ayam serbuk 7 sudu makan Ajinomoto 7 sudu makan garam (bole kurangkan) (Ajinomoto & garam campur kisar dgn blender kering kasi halus) Campur semua bahan dan kacau sehingga merata... Ok siap tepung ayam buatan sndri.. Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri... Jom kita goreng ayam... Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam... Taburkan sedikit tepung dlm ayam td BG memekatkan keadaan ayam.. Dalam bekas yg lain sediakan tepung ayam yg banyak untuk sadur ayam.. Ambil ayam td dan gaul dlm tepung td.. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt... Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana..Siap.... Tips... Tepung ayam tu MMG dia tulis tanpa telor tp nk sedap dan cantik letaklah telor.... **Adunan tepung nie banyak dan boleh disimpan... **Saya gunakan tepung segera yg jenama PUAS. Tp...

KERABU MANGGA

Imej
 KERABU MANGGA  Bahan-bahan: Mangga 2 biji* Carrot 🥕 2 biji* Kacang Bunga kantan# limau nipis (ikut tahap kemasaman yg digemari) Gula ( palm sugar) gula biasa pun boleh Garam Bawang# Cili padi# Udang kering Kalau ada baby tomato 🍅 lagi sedap * sagat #mayang Gaul semua.. taraaa siap! Kredit: Razak Rahim‎

SAMBAL GESEK

Imej
SAMBAL GESEK Bahan: 1 genggam cilipadi(merah + hijau) 1 biji bwng besar 3 ulas bwng putih 2@3 sudu besar ikan bilis(goreng garing n tumbuk pecah2) 1 biji limau nipis(ambik airnya) Sedikit belacan Perasa n secubit garam(klu ikan bilis dh masin..x perlu garam lg) Cara: Tumbuk cili,bawang , bwng putih n belacan(tumbuk pecah2 je atau mesin kasar) Tumis bhn tumbuk hingga garing Masukkan perasa n garam(jika perlu) Masukkan air limau nipis Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata Kredit : Mazliza Ahmad

STICK KENTANG

Imej
STICK KENTANG  RESEPI : ~Kentang 3 biji.. ~Tepung jagung 3 sendok ~Tepung beras 1 sendok ~Cabai sesuai selera ~Lada, daun seledri, garam,garam. CARA : ~Kentang di rebus atau kukus. ~Setelah itu hancurkan . ~Campur semua bahan . bentukkan seperti dalam gambar. lalu goreng. Selamat mencuba Kredit: Nora Aniz 

KUAH YONG TAU FOO

Imej
  Resepi Kuah Yong Tau Foo 💜Kuah hitam ☑2 sudu makan taucu ☑2 sudu makan tepung jagung ☑2 sudu makan tepung gandum ☑3 sudu makan kicap pekat ☑3 sudu makan sos tiram ☑4-5 sudu makan gula ☑3 cawan air ➡Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, ➡ pastu masak bagi mendidih sekejap. 💜Kuah merah ☑1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng ☑1 sudu makan tepung gandum ☑1 sudu makan tepung jagung ☑4- 5 sudu makan gula ☑3 cawan air ☑1/4 sudu makan garam ➡Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus.. ☑3 sudu makan cili blend Cara-cara:  ➡Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk ➡Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering. ➡Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap ➡Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain. Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng. Selamat mencuba.. Kredit : Hamidah Ida

SUP TULANG ALA THAI

Imej
 RESEPI SUP TULANG ALA THAI 1kg tulang sup bunjut 4 sekawan  2 inci halia ( mayang) (semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je) 4 bawang putih ( mayang) 4 bawang merah ( mayang) 1 labu bawang besar ( potong weges) 2 btg serai ( ketuk) 1/2 inci lengkuas ( mayang ) 15 bj lada hitam (d tumbuk) 15 bj lada putih (d tumbuk) daun sup daun bawang.. cili padi (d ketuk) garam aji @ scukup rasa air limau nipis secukupnya.. nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera... Kredit : Tengku Khuzanika

CHEEZY WEDGES

Imej
CHEEZY WEDGES Bahan: Butter 1/2 ketol Susu cair 1/2 tin Tpg gandum 1sudu besar, bancuh dgn ckit air Cheese 4 keping 1sudu kecik serbuk lada hitam Pewarna kuning 1 ketol Kuib ayam Garam Cara2nya... Cairkan butter,pastu masukkan susu cair,tepung gaul rata,kmudian masukkan cheese,kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam,kuib ayam,garam dan pewarna,kacau sebati..boleh tambah air kalo pekat. Ok semoga berjaya Kredit : Nizsa Mi 

MEE JAWA

Imej
 MEE JAWA Resepi: ~1 kg daging...rebus hiris nipis.. ~2 kg keledek...rebus..blend ~200 gm..udang kering * ~100 gm..udang pepai @ geragau kering..* ~2 labu bawang besar* ~10 ulas bawang putih* ~2 btg serai...hiris nipis* ~1 inci halia* * semua blend ~2 senduk nasi cili blend.. ~1 senduk nasi rempah kari.. ~Gula melaka 2 ketul.. ~Garam ~Minyak tuk menumis Caranya: 1. Tumis bhn yg dah di blend... 2. Tambah cili blend.. 3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak.. 4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili.. 5. Buh air rebusan dg.. 6. Cincang gula melaka buh dlm 7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs.. 8. Tambah garam.. Biar didih hgga minyak naik...siap Hidang bersama: Mee kuning Tahu goreng Taugeh x yah celur Telor rebus Daun bawang Cili hijau Bawang goreng Kredit: Faridah Hanim

PUDING CARAMEL TANPA TELUR

Imej
 *Puding karamel tanpa telur* Bahan A (karamel) 3 sdb gula 2 sdb air Masak atas api kecik hingga perang n sejukkan.. Bahan B (puding) 10g agar2 tali 4 cawan air 1/2 cawan gula 1/2 cawan susu pekat 1 tin susu cair 1 sdk asen vanila 2 sdb tepung kastad Caranya:- Satukan semua bahan B kacau selalu bila adunan dah didih dah nampak sedikit pekat tutup api.. Tapis dan tuang ke dlm loyang berisi karamel td... sejukkan dlm 3-4 jam. Selamat mencuba 🌹 Kredit : Norazila Jabar

LAKSAM

Imej
 *RESEPI LAKSAM* Bahan-bahan: 3 cawan tepung beras (cap teratai) 1/2 cawan tepung gandum 4 1/2 cawan air suam 1/2 sk garam Cara - cara: Satukan semua bahan. Kacau sebati.  Panaskan pengukus, sapukan minyak pada tutup periuk. Kemudian masukkan adunan atas tutup periuk. Kukus lebih kurang 3-5 minit.  Dah masak, angkat dan terus gulung.  Ulang sehingga habis adunan.  Kredit : Nor Azila Jabar Bahan-bahan: 1 kg ikan Sardin - cuci Kemudian Rebus - asingkan tulang. (*Guna periuk noxxa - buang kepala dan ekor, guna mode hp 40 minit (periuk lama) atau nak mode soup 40 minit (periuk baru)) 3 ulas bawang merah  Sedikit halia (pilihan) 1 ulas Bawang putih (pilihan) 1 sb lada hitam - tumbuk 500 g Santan  Air secukupnya Garam secukup Rasa Cara-cara:  Blend ikan yang telah diasingkan tulang bersama bawang dan Lada hitam.  Masukkan dalam periuk dan masukkan santan. Kacau sampai mendidih.  Masuk garam. Siap.  Boleh dihidang bersama laksam dan ulam....

CUCUR UDANG

Imej
  Resepi cucur udang. . 1/2kg Tepung gandum Sebiji telur 1biji bawang besar (kisar) Pewarna kuning 2 biji bawang holland hiris Kucai Tauge Udang Garam Gula Sedikit soda bikarbonat Air . Cara: -Blend bawang besar sebiji - masukkan tepung gandum dlm bekas -masukkan bawang yg di blend td, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak2 letak air jgn pekat sgt.. Jgn cair sgt. -masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.. - cara goreng nk bg bentuk bulat.. Celup senduk besi ke dalam mnyk pns.. Letak adunan td.. Letak udang ats dia.. Masukkan dlm mnyk pns... Biar kejap smpai bawah dia masak.. Nnti dia akan tertanggal sndiri.. . Resepi kuah kacang tanpa santan . Segengam cili kering 2biji bawang besar 7ulas bawang putih Halia Serai Lengkuas Belacan (Semua bahan di atas dikisar halus) Kacang tanah yg disangai dan diblend kering.. Asam jawa Gula/ gula melaka Cara: 1)tumis bahan yg di blend td.. 2) da garing masukkan kacang tanah yg disangai n dibl...

AIR FALOODA

Imej
 AIR FALOODA  . Bahan2 : . Sebenarnya sy buat xde sukatan pon, agak2 je.. 😀 Lg banyak bahan lg sedap.. . Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post sy dlm gambar tu : . 1. 1 sudu kecil sirap 2. 2 sudu besar Agar2 sirap yg dipotong nipis 3. 2 sudu besar Cendol ( yg hijau tu ) 4. 2 sudu besar biji Selasih 5. 2 scoop Ais krim vanila 6. Fresh milk ( isi sehingga hampir penuh ) 7. 2 sudu besar susu cair * optional 8. Air gula ikut kemahuan masing2 * bleh jugak tambah ice cube kalau nak lg sejuk * . Cara2 : . 1. Masukkan bahan 1 hingga 5 2. Masukkan freshmilk & susu cair diikuti & air gula . Nota :  Fresh milk boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk . 💖 Selamat mencuba 😁 . kredit : Nur Byt

WRAP TORTILLA

Imej
 WRAP  TORTILLA Home made📣😍 kalau beli mahal ni..1 plastik tu,bru berapa pcs.. tk cukup utk keluarga ramai. so buat sendiri lgi puas hati puas makan.. 💗💗💗💗💗💗💗💗 warp tortatila 2 cwn tpung gndum 3/4 sdu kcil baking powder 1/2sd kcil garam(BOLEH JUGA GUNA SECUKUP RASA) 3 sd bsar minyak msak(vegetable oil) 3/4 cwn air panas(letak sedikit2 yunk) cara tepung,garam dn baking powder msukn dlm 1 bekas. kcau rata,tambhkn minyak kacau hingga tpung bergentil2 ye..guna garfu utk kacau. masukan pula air panas sambil kacau spya afunn menjadi baik. ketepikan biar menjadi sjuk sdikit bru gaul mengunakn tngan,gaul hingga doh licin dn lembut. biarkn doh dlm bekas tertutup dgn kain lembab selama 15-20 minit. jadikan doh tdi berbola sbnyk 10-12 bji,lenyekkn spt mbuat capati.. taburkan tpung ats papan dlu ye..bru lenyek bntuk bulat.. bakar ats kuali api perlahan..depan blkng. boleh buat warps versi masing2..nk ltak syur,gandum,daum sup..semua boleh😍 Selamat mencuba.. Kredit : Ash Shaa

KUAH DHAL HOMEMADE

Imej
 RESEPI : KUAH DHAL HOMEMADE. Bahan²nya : 1/2 cawan kacang dhal (pilih yang kuning kecil cepat empuk.Rebus separuh empuk ye) 1sd serbuk kunyit  1 cawan pati santan 1 sdb asam jawa  2 biji ubi kentang -potong kiub 1 batang lobak merah -potong kiub 2 biji terung -potong kiub Garam dan serbuk perasa secukupnya Sedikit air Bahan² untuk tumis darat : 5 biji bwg merah - dihiris 2 biji bwg putih - dihiris  Beberapa tangkai cili kering potong dua 1sd biji sawi Myk masak @ minyak sapi Daun kari Cara²nya : 1. Masukkan kacang dal separuh masak, ubi kentang dan lobak merah didalam periuk.Tambahkan air dan masak sehingga semua bahan lembut.Tambahkan juga sedikit serbuk kunyit (untuk bagi kaler kuah cantik) 2. Masak sehingga kacang dal hampir hancur dan kuah sedikit memekat.Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair.Jangan juga terlampau sedikit.Agak² ye. 3. Masukkan terung.Agak² terung dah lembut masukkan pula pati santan, air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa.Kemudian tu...

KEK SIFON

Imej
  KEK SIFON Bahan². 320g tepung Optima/ sponge mix. Telur A lima biji. Minyak jagung 70g. Santan/ susu segar( kotak). 70g. Perasa pandan kelapa( 2 in 1). Sedikit pewarna hijau. Sedikit vanila. CARA BUAT. MASUKAN SEMUA BAHAN DALAM MANGKUK PENGADUN. KECUALI MINYAK JAGUNG. PUTAR BAHAN SEHINGGA GEBU DAN PEKAT. MASUKKAN MINYAK JAGUNG. KAUB BALIK ADUNAN GUNA SPATULA , SUPAYA ADUNAN DAN MINYAK JAGUNG SEBATI. ALAS LOYANG DENGAN KERTAS MINYAK. DINDING LOYQNG SAPU JE MAJERIN. TUANG ADUNAN DLM LOYANG. HENTAK²KAN LOYANG 2 KE 3 KALI. SUPAYA ADUNAN MAMPAT DAN HALUS BILA KEK MASAK. LOYANG SAIZ 8'. PANASKAN KETUHAR DAHULU 15 MINIT. BAKAR 50 MINIT. HINGGA 1 JAM. Suhu 150⁰.  Ikut kesesuaian ketuhar masing². SELAMAT MENCUBA. Kredit: Norliza Shamsuddin

PAU KACANG MERAH

Imej
 PAU KACANG MERAH Bahan 1 kg tepung pau 1 paket kecil yis 3 SB lemak sayur(shortening) 3 SB gula 1 paket Inti Kacang merah segera.  3 cawan air Cooking paper(gunting segi empat/bulat) Cara membuat -keluarkan Inti Kacang merah segera. Kemudian bulat-bulatkan Satu persatu sampai Habis ikut size kesukaan Anda. Lpas tu,ketepikan. -masukkan semua bahan-bahan dalam mixer dan mixer perlahan. tmbah air Sedikit demi sedikit semasa mixer bahan-bahan. Mixer sampai bahan-bahan sebati. -ambil doh yang telah dimixer Kemudian Adun/uli menggunakan tangan sampai doh nampak licin. -rehatkan doh selama 1 jam.  -lepas 1 jam, ambil doh Dan uli Sekejap dengan tangan. Kemudian bahagi kepada Beberapa bahagian ikut size yg Anda Suka.  -ambil Satu doh yang telah dibahagi, kemudian leperkan & masukkan Inti Kacang merah .uli membulat sampai doh pau nampak licin. -lapik doh yang telah dibentuk dengan kertas cooking paper. -kukus Pau selama 10 min sampai Habis. Pastikan Ada jarak sebab Pau A...

NASI GANJA

Imej
  Nasi Ganja Bahan-bahan: 3 cawan beras bashmati - cuci bersih, rendam 30 minit, toskan 4 cawan air 2 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak masak 4 biji bawang putih - hiris* 1 biji bawang besar - hiris* 1 inci halia - hiris* 3 batang kulit kayu manis* 3 kuntum bunga lawang* 5 biji buah pelaga* 3 biji bunga cengkih* 1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi* beberapa titis pewarna kuning telur 6 sudu besar sos cili garam secukupnya Cara memasak: 1. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair/panas. 2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu. 3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie. 4. Tambahkan garam secukupnya. 5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api. Biar nasi tanak lebih kurang 5 - 7 minit (nampak wap2 keluar dari tudung periuk). Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.  Untuk Ayam Goreng Bahan-bahan: 1 ekor...

AYAM GORENG BEREMPAH KENDURI

Imej
 RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KENDURI Bahan-bahan : (blendkan) 3btg serai 5ulas bwg putih 3ulas bwg merah Halia besaq ibu jari Bahan-bahan lain : 1sudu mkn serbuk kunyit 1sudu mkn serbuk cabai(klu nk pedas tmbh) 2sudu mkn rempah kari daging Sedikit perasa dan garam 1 tangkai daun kari. 1 sudu mkn tpg jagung. Cara Masukkan semua bhn diatas dlm ayam dan gaul sebati...perap 1jam ka sehari ka dan blh digoreng.Tabur daun kari yg digoreng sekali.💕 Kredit : Maina MAHN

AYAM PENYET WONG SOLO

Imej
  Resipi Ayam Penyet Wong Solo 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. Untuk Sambal Sedikit minyak masak 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 3 sudu gula merah/secukup rasa Untuk Nasi 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan 3 ulas bawang putih satu btg kayu manis 4 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang sedikit butter garam kiub pati ayam/daging 6 ca...

SERIMUKA DURIAN

Imej
  SERIMUKA DURIAN  ➡Lapisan Bawah (Pulut) ☑ 2 cawan beras pulut - di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan ☑ 2 cawan santan ☑ 2 sudu teh garam halus ➡Lapisan Atas (Durian) ☑ 1 cawan isi durian ☑ 2 cawan santan ☑1 cawan gula pasir ☑ 1/2 cawan tepung gandum ☑ 1/2 cawan tepung kastad ☑ 1 sudu besar tepung beras ☑ 2 biji telur gred B ☑ 1/2 sudu teh garam halus ☑ Pewarna kuning Cara2 Membuatnya 👉 Lapisan Bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10" dgn minyak & alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana 👉 Setelah pulut masak, gembur2kan. Kemudian ratakan & tekan pulut hingga padat 👉 Lapisan Atas (Durian) Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja 👉 Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dgn tuala utk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit...

CARA BUAT CILI BOH TAHAN LAMA

Imej
 CARA BUAT CILI BOH TAHAN LAMA 1. Gunting cili kering kecik-kecik. Senang nak bagi biji cili tu keluar. 2. Dah siap, tampi guna penapis. Part ni paling best. Puas hati bila tengok biji keluar. 3. Rebus cili kering. Tambah sesudu garam. Rebus dalam 15-20 minit. 4. Lepas rebus, air rebusan tu buang. Tengok air rebus tu kadang-kadang hitam kan. So buang, bilas dengan air, nanti ada lagi saki baki biji terkeluar. 5. Kisar macam biasa. Tambah air ikutlah boleh blend (Kak Izz guna air Coway suhu biasa). Tambah sesudu minyak masak. Ni petua Ibu untuk kasi tahan lama. 6. Dah siap botolkan. Kak Izz asing-asingkan dapat 3 botol, so kalau nak masak guna satu-satu dulu. Heee. Selamat mencuba. Edit : Kalau nak guna chopper pun boleh juga. Tapi make sure cilinya pilih betul-betul. Kadang-kadang ada tangkai, tamouk cili, habuk guni & pernah terjumpa gumpal rambut. Takut nanti termakan sekali.  kredit : Fadiznuur Mohd Zin

ASAM PEDAS DAGING

Imej
 ASAM PEDAS DAGING  Bahan-bahan:- -Sekilo daging rebus dulu naaa.. -2 biji bawang sederhana besar (blander) -5 biji bawang kecil (blander) -5 ulas bawang putih (blander) -10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander) -3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander) -2 inci lengkuas (blander) -1 inci halia (blander) -1 1/2 inci belacan (blander) -1 keping gula melaka -Setengah cawan air asam jawa -Sebatang serai dikeduk -3 helai daun limau purut -Segengam daun kesum -Garam & air secukupnya. -Tomato dan kacang benci (hiasan) Cara-cara- 1) Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander. 2) Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering. 3) Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air a...

MEE REBUS CIK ANI

Imej
  MEE REBUS CIK ANI BAHAN-BAHANNYA :-) 1 kg mee kuning 150 g taugeh, buang ekor 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis 2 biji cili hijau, hiris 1 biji cili merah, hiris 1 pokok daun sup, hiris 1 pokok daun bawang, hiris 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis) Bawang goreng secukupnya Kuah mee rebus* BAHAN KUAH MEE REBUS* :-) 1/4 cawan minyak masak 2 camca besar rempah kari daging 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit) 5 - 6 cawan air 500 g keledek 1 cm lengkuas, dititik 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus 1 biji tomato, belah 4 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna) 7 biji bawang merah kecil* 3 ulas bawang putih* 1 cm halia*(*tumbuk halus) Garam dan gula secukup rasa CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK KUAH MEE REBUS :- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hin...

DOH PIZZA

Imej
DOH PIZZA Bahan bahan : 1kg tepung gandum ( tak perlu tepung roti) 22gm yis kering / 2 peket yis mauripan / 3 sudu yis timbang 3 sudu makan gula pasir 450 ml air paip 200 - 250 gm marjerin Cara cara : 1. Campurkan bahan kering, tepung gandum, yis dan gula pasir. 2. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai doh sekata. 3. Masukkan pula marjerin dan uli doh smpai sebati dan licin. 4. Utk roti piza tak perlu uli smpai elastik..sbb doh yg elastik akn menghasilkan roti yg sgt lembut.. roti yg sgt lembut kurg sesuai utk dijadikan roti piza kerana bila letak topping yg byk di atas piza akan mnyebabkan roti jadi benyek dan lembik. 5. Kemudian timbang doh 150- 180gm utk piring saiz 7 @ 8 inci. 6. Canai doh dh letak dlm piring piza yg disapu myk. 7. Tolak dgn jari dhujung sisi doh utk menghasilkan border di sekeliling doh. 8. Tunggu roti kembang sepenuhnya sebelum dibakar pada suhu 250° selama 2-3 minit sahaja.. atau sehingga roti sedikit perang. 9. Selepas roti masak, keluarkan dr piring piza dan...

NASI GORENG CILI PADI IKAN TUMBUK

Imej
 Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk Bahan-Bahan: 1 pinggan nasi putih Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya) *10 tangkai cili api *1 biji bwng besar-hiris *3 ulas bwng putih 2 biji telur kacang pnjng Kubis Garam dan perasa Cara Membuat: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat. 2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)  3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur. 4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap! Kredit : Resepi Ala Kampung 

APAM LENGGANG LEMAK MANIS

Imej
 Apam Lenggang Lemak Manis Bahan-bahannya : 2 cawan tepung beras 1-2 sudu makan yis kering tp xyah membukit 3 sb gula Sedikit garam 3/4 cawan air suam Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt Cara-caranya :  Bukak ttup masukkn 1 biji telur 1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pd kuali non stick lg bagus tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak😂.. dh siap, blh gulung kan.. Kredit : Wirawati Negara

KOKTEL BUAH

Imej
 RESEPI KOKTEL BUAH (Fruit Cocktail) -2 tin susu cair -1 tin laici / longan -1 tin buah untuk koktail -1 sudu susu pekat (ikut tahap kemanisan masing-masing) -Nata de coco -Sumi Jelly -Ais batu Cara-caranya: 1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain) 2. Masukkan susu manis (optional untuk tambah manis, jika suka) kalau rasa dah manis tidak perlu masuk kan susu pon. 3. Kacau campuran tadi sehingga susu sebati bersama campuran tadi. 4. Selepas itu barulah boleh masukan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly. 5. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.   *tujuan kita masukkan susu/gula sebab kita masukkan ais, bila ais cair nanti risau manisnya hilang. Kredit : Alma .

CEKODOK PISANG

Imej
  CEKODOK PISANG  bahan2 6-7 biji pisang 1/2 cawan gula halus sedikit garam lecek kan tambah 1 sk soda bikarbonat 1 bungkus eno 2 cawan tepung gandum gaul rata semua bahan. Biar 5 mnt.  Goreng. Minyak panas kene slow kan baru masuk kan cekodok. Siap.  Kredit : Azlina Ina