Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

KARIPAP RANGUP

Imej
 Resepi Karipap Rangup 🍎🍎🍓🍓🍳🍳 1kg tepung gandum 1cawan tepung beras 1cawan minyak masak dipanaskan 2 sudu makan marjerin 1 sk garam 450ml air (lebihkurang) Cara : campurkan tepung beras, tepung gandum dan minyak masak yg dipanaskan dengan marjerin, gaul dengan spatula sampai menjadi seperti serbuk roti, larutkan garam dalam air dan masukkan dalam adunan tepung, uli sampai jadi doh. Simpan dlm esbok 10mnt baru canai nipis utk dapat kulit rangup. 🌿Resepi inti keledek/kentang Dua ketul keledek potong dadu Bawang merah dikisar atau dadu 2 sb Serbuk kari daging babas 1/2 cawan air Kiub ayam, gula dan garam Tumis bawang, masukkan serbuk kari, keledek, air dan perasa, masak sampai keledek empuk. 🐄🐓Kalau nak tambah daging atau ayam kena letak sedikit halia dan lada Kredit : Roshidah Abu bakar shidah

KEK OREN

Imej
RESEPI KEK OREN  1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan) 3 sudu teh sunquick 1 1/2 cawan gula 4 biji telur 1 cawan minyak Sedikit garam Bahan Kering : 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking powder Cara : Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas. Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati. Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan. Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂 Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa. Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍 Kredit : Nieza Nor Hamira

AYAM CILI SERAI

Imej
AYAM CILI SERAI Bawang besar  Bawang putih  Halia  Serai  Kunyit Cili padi  Semua blend. Goreng, taruk ayam pastu tambah sayur kesukaan. Siap sudah.

SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Imej
 SUP AYAM HALIA LADA HITAM Bahan: - Ayam - Serai (dipotong & diketuk) - Halia (dihiris) - 1 sudu makan lada hitam - 3 ulas bawang putih - 3 ulas bawang merah & beberapa ulas bawang putih - Daun bawang - 1 sudu gula - Garam Cara penyediaan : 1. Masakkan air sehingga panas. 2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam. 3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula. 4. Tutup & biarkan ia masak. 5. Masukkan bawang putih & daun bawang. 6. Siap! Kredit : Ummi

ROTI GARLIC DAN MUSHROOM SUP

Imej
 Roti Garlic & Mushroom Soup  Bahan-bahan Mushroom Soup: 300ml air 500ml susu segar 1 kiub ayam 1/2 sudu teh daun parsley 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar mentega 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) Cara-cara: 🌸 Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam. 🌸 Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati. 🌸Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi. 🌸Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi. 🌸 Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.  💚💚💚💚💚💚💚💚💚 Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih Roti Gardenia Bawang Putih Mentega Secubit garam (tak mau buh takpa) Daun Parsley Cara-cara: 🌹 Tumbuk bawang putih 🌹 Gaul ke dalam mentega 🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati 🌹 Sapu ke atas roti 🌹 Dan bakar api atas bawah (oven) Sedia ! Kredit: Nur Sakinah

NASI GORENG SARDIN

Imej
 NASI GORENG SARDIN Bahan bahan: 1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg 1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja 4 ulas bawang merah - hiris 3 ulas bawang putih - hiris 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai 1 batang karot - potong dadu 3 biji telur 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa Sedikit garam - jika perlu Minyak untuk menumis Bahan hiasan: Daun sup Cili merah Bawang goreng Cara masak : Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap jer. Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi. Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sebelum dihidangkan, ...

PUDING JAGUNG

Imej
 PUDING JAGUNG  1 cawan jagung 1 cawan tepung kastard 1 cawan setengah gula 1/2 cawan susu pekat 5 cawan santan Garam secubit rasalah bancuhan tu dulu😉 Gaulkan kesemua bahan kacau rata dulu dlm periuk supaya tidak berketul ye.. Dah ok cantik letak atas dapur nyalakan api yg kecil jg api marak nanti puding cepat berketul dan tak cantik😂😂😂kejadiaannya. Kena sabar ye kacau puding selalu jg tinggalkan dia walau sekejap😬😬selama 25 minit or 30 minit dah mendidih ja tutuplah api dan cepat2 tuang dlm try untuk dptkan puding yg licin dan cantik ye😍.. Jg biar lama nanti dah sejuk berketul kejadian puding tak lawo.😜😜mengerutu jadinya😅😅😅 Tambahan ye sis dah buat dan potong sedap sgt tp lembik sedikit.. Kalau lembik boleh buh tpg jagung cikit ye.. Masak tu nak tahu dia keras ke tidak bila kita kaup balik bancuhan puding tu dia jatuh lambat kalau masih bertali laju ja jatuhnya bancuhan tu tandanya belom masak lagi ye😉.Minta maaf tau sebab sis pun pertama kali ikut resepi dr kaw...

AYAM MANGGA

Imej
 AYAM MANGGA - 1/2 ekor ayam dipotong kecik, goreng dengan tepung bestari. - 1 biji mangga muda disagat - 1 biji bawang besar dihiris nipis - 1 biji tomato dihiris nipis@ ikut suka  ( *campurkan mangga,bawang serta tomato & Ketepikan) Bahan sos : - Bawang merah kecik 2 biji - Bawang putih 4 ulas - Cili kecik *untuk yang suka pedas - Sos cili ( agak² 4-5 sudu ) - Sos tomato ( agak² 2-3 sudu ) - Perahan Limau nipis ( 1 biji ) - Pati oren sunquick ( 2 sudu mkn )  - air sedikit. - garam, gula. Cara membuat : - tumbuk bawang serta cili hingga lumat dan tumis hingga kekuningan. - Masukkan bahan² lain serta perasakan dengan garam dan gula hingga cukup rasa masam,manis. - setelah sos pekat, tutup api dan masukkan ayam & 1/2 mangga,gaul sebati. - hidangkan ayam dalam pinggan dan tabur lebihan mangga untuk lebih menarik😉. Kredit : Dee Diana Haser

SAMBAL KERANG CILI PADI

Imej
 SAMBAL KERANG CILIPADI --------------------------------------------- Bawang harus lebih, hiris kasar n separuh masak.. masa mkn tu terasa kerangupannya...  Sape suka cara ni.. kita geng!... 😘 RESEPI ------------ 2kg Kerang direbus dan asingkan isinya 10ulas Bawang merah* 5ulas Bawang putih* Segengam cilipadi* 4bj lada hidup* 1inci kunyit hidup* 2keping asam gelugor Minyak utk menumis Garam n perasa 1bj bawang besar dihiris CARA ---------- @ isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan. @ kisar kasar semua bahan bertanda* @ tumis bahan kisar td, campurkan asam keping dan perasakan @ bila tumisan dah betul2 garing, masukkan kerang td dan hirisan bawang besar. Gaul rata. Tarraa.. dh boleh makan... Kredit : Hafizan Hashim Akok Open

APAM GULA MELAKA

Imej
 APAM GULA MELAKA Bahan. 1/2 cawan gula melaka diracik 1/2 cawan gula pasir 2 helai daun pandan 1 1/2 cawan air Masak semua bahan ni tapis dan sejukkan 3 cawan tpg gandum 1/2 paket mauripan dibancuh dgn 1/2 cawan air Cara. 1.Bila gula dah sejuk tuang dlm tepung berserta bancuhan mauripan. 2.Kacau rata dan perap lebih kurang 1 -2 jam. 3.Kukus hingga masak (anggaran 30mnt) 4.Bile sejuk potong dan tabur kelapa parut putih yg digaul garam. Kredit : Ayuqaseh Ashraf

SOS CILI THAI HOMEMADE

Imej
 Resepi Sos Cili Thai Homemade Bahan-Bahan: 4 biji cili merah 9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi) 5 ulas bawang putih 1 ½ cawan air 2 sudu besar cuka jus 1 biji limau nipis 1 cawan gula atau secukup rasa 1 sudu garam atau secukup rasa 2 sudu makan sos ikan 1 sudu besar tepung jagung+ 2 sudu besar air Daun ketumbar...cincang kasar. Cara buat;  1. Blendkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air. 2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan,garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung jagung yg dicampur dgn air. Bila dah pekat tutup api. Siap! Memang sedap cicah dengan Udang rebus, celur atau goreng. Meletop! Kredit: Viralooviral

AYAM ALA PIZZA HUT

Imej
 Ayam ala Pizza hut Sayap 10 ketul potong 2 Serbuk cili 3 sudu Madu 3 sudu Sos tiram 3 sudu Kicap manis 3 sudu Gula 2 sudu Limau kasturi kecil 1 biji Garam & aji (secukup rase) Kalau suke pedas tmbh je serbuk cili..  Kalau x suka manis x pyh ltk gula pom x ape..nk ltk 1 sudu pom x ape..Kalau buat sikit kurangkn je la bahan2 die.. Perap ikut suke berape jam.. Kalau x sabar sgt nk mkn.. Bakar je terus Kredit : Mihah Rosle

AYAM PANGGANG LEMON BERMADU

Imej
 AYAM PANGGANG LEMON BERMADU BAHAN-BAHAN:  4 ketul dada ayam ⅓ cawan minyak jus lemon kira-kira 6 sudu besar  4 sudu besar madu 1 sudu teh serbuk bawang putih garam 1 sudu teh 1 sudu teh serbuk perasa ¼ sudu teh lada hitam CARA PENYEDIAAN :  Pukul bersama-sama minyak, madu, serbuk bawang putih, garam, serbuk perasa , dan lada hitam untuk dijadikan sos perapan > bahagikan sos perapan kepada dua bahagian.  Letakkan ayam di dalam sos perapan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.  Grill ketuhar kepada api yang sederhana. Letakkan ayam di panggangan dan masak 5-7 minit pada setiap sisi sehingga masak. > sentiasa sapukan sos perapan bagi memastikan ayam tersebut lebih berperisa.  sedia untuk dihidangkan dan hiaskan dengan hirisan lemon dan daun herba segar jika dikehendaki. Kredit : Ibu Resepi 

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS

Imej
 Sambal Hijau ikan Bilis Ikan Bilis - 2@3 Genggam *Bawang Holand - 1 bijik *Bawang Merah Besar - 1 bijik *Bawang Putih - 2 Ulas *Cili Api Hijau - 1 genggam *Cili Besar Merah - 3 bijik *Tomato - 1 bijik *Belacan - 2 inci (Optinal) Blend semua bahan kecuali ikan bilis 1.Goreng garing ikan bilis dan toskan.. 2.Tumis bahan yg diblend td sampai masak..betul2 masak hingga pecah minyak.. 3.Masukkan perasa garam,gula & cukup rasa.. 4.Gaul sebati,sampai sambal betul2 masak n sejukkan. 5.Dah betul2 sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul..baru ikan bilis kekal rangup.. tak lembik. SELAMAT MENCUBA😘😘 kredit: Mirabelle

LAKSA SARAWAK

Imej
 LAKSA SARAWAK Bahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak: 1) 2 belah dada ayam/isi ayam 2)200 gram pes laksa Sarawak 3) 250 gram udang 4) 2 liter air 5) 300 ml santan 6) 2 btg serai 7) 1 kiub ayam 8) garam secukup rasa Cara2 unk memasak Kuah untuk laksa Sarawak: 1) Basuh dada ayam bersih2 Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut. 2)Setelah msak kuar dan toskn dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik2) 3) Dgn menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang kedlm rebusan ayam tadi. 4)rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang. 5)dgn menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak. 6)Masukkan pes rempah laksa Sarawak. 7)Masukkn kiub ayam Masak atas api sederhana sehingga mendidih. 8)Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau. 9)Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak. 10)Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untu...

JERUK CILI MUDA RANGUP

Imej
 JERUK CILI MUDA RANGUP  BAHAN² : 250 Gram cili hijau muda 1 Cawan cuka makan 4 sudu makan gula 1/2 sudu teh garam 2 cawan air untuk msk cili 1 sudu teh kapur makan CARA PENYEDIAAN RESEPI CILI JERUK .. 1. Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yg seragam . Lepas da siap semua masukan dlm bekas . Larutkan kapur makan dlm air. rendamkan cili selama 1 - 2 jam . toskan dan basuh bersih sekurang²nya 3 kali untuk hilangkan bau kapur . fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun da lama . 2. Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api. masukan cili potong tadi . Masukan cili potong tadi & kacau rata . Proses ini hanya ambil masa msk 20 - 30 saat shj . jgn lama kacau nanti lembek . Terus tos cili . Isikan dlm bekas kaca yg telah dibasuh dgn air panas . 3. Panaskan sekejap cuka gula garam dgn api kecil . tak perlu sampai mendidih . Cukup untuk larutkan semua bahan . Tutup api bila da larut . Terus masukan dlm bekas kaca yg mengandungi cili...

RENDANG AYAM PEDAS

Imej
 RENDANG AYAM PEDAS Rendang Pedas Ayam Mesti ramai yang suka. Resepi di sini Resepi Rendang Pedas Ayam Bahan 1ekor ayam dipotong kecil. Bahan kisar dgn 1 cawan air 12-15 ulas bawang merah rose 10 ulas bawang putih 2 ruas jari kunyit idop 3 ruas jari halia 1 ruas jari lengkuas 2 btg serai 4 biji buah keras 1 sdb ketumbar biji sangai dulu 1 sdk jintan manis sangai dulu 1 sdk jintan putih disangai dulu Cara Mula masukkan sedikit minyak ke dlm kuali kemudian masukkan 2 btg kayu manis,goreng sekejap,kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga wangi,baru masukkan 40-50 btg cili kering direbus dulu, kemudian dikisar,masak lagi sehingga 30 minit, **(Kakchik haritu makcik masak guna 30 ja cili kering. Rebus dulu baru blend..) tak pedas sgt Masuk ayam (klu tak mau ayam hancur goreng ayam setengah masak dulu) Tambah  2 kiub pati ayam 1 sdb gula merah 1 sdb gula putih 2-3 sdb kerisik, Masuk Daun limo purut n (daun kunyit dihiris) Akhir masukkan  1/2-1 kotak kecil santan kotak Masak...

KACANG POOL

Imej
 RESEPI KACANG POOL 😋 Bahan-Bahan ************** Kisar halus 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 300 gram daging lembu dicincang/ daging kisar 2 camca besar rempah kari daging - baba's 1 tin kacang pool (foul) 1 tin red beans 1 tin kecik baked beans 1 camca besar serbuk ketumbar 1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus 2 camca besar minyak sapi gula dan garam secukupnya air secukupnya minyak untuk menumis Bahan Lain ************ limau kasturi - belah 2 bawang besar - didadu kecil cili hijau - dipotong Roti naa - boleh gunakan roti perancis atau sebarang roti tomato - didadu minyak sapi dipanaskan hingga cair Cara Membuat Kacang Pool ***************************** 1. cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. 2. panaskan sedikit minyak da...

AYAM KUNG PAO

Imej
 Ayam Kung Pao Bahan-bahan: Isi ayam Tepung jagung Serbuk lada hitam Garam Sedikit air Bawang putih Halia Lada kering (digunting) Lada benggala Bawang holland Sos tiram Kicap manis Sos cili Sedikit bancuhan air tepung jagung Kacang gajus Daun bawang Cara-cara: Salutkan isi ayam dengan tepung jagung, lada hitam, garam dan sedikit air. Gorengkan dan ketepikan. Tumiskan bawang putih, halia, lada kering, bawang holland, sos tiram, kicap manis, sos cili dan sedikit bancuhan air tepung jagung. Biarkan sekejap. Masukkan ayam yang digoreng tadi bersama kacang gajus dan daun bawang. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Kredit: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor

SAMBAL BELACAN TUMBUK PERAH LIMAU

Imej
 Smbl belacan tumbuk perah limau.. Bahan: Cili api merah cmpur hijau Bwg putih Bwg merah skt Tomato Belacan(goreng atau bakar) Air asam jawa Garam Aji Gula skt Cara2: Goreng smua bahan tu smpai agak layu je n tapis..tumbuk dl ciliapi,bwg putih,bwg besar,belacan..da agak lumat br tumbuk dgn tomato..buh garam,aji,gula skt..buh air asam jawa siap..klu suka perah limau..

SOS STEAMBOAT

Imej
 SOS STEAMBOAT  5 biji cili merah 15 biji cili padi Asam jawa adabi 20gm 60 gm gula merah  60 gm gula putih  10gm garam 1 labu bawang putih 15gm halia  Caranya guna  1. Masukkan semua bahan dan campurkan 1 cawan air. 10sc/ speed 8  2. Masak hingga pekat. 20min/ 98c /spoon  3. Bila dah masak masukkan daun ketumbar yg d racik dan bijan goreng. Kredit : Azlina Morshidi

NASI AYAM KEPSI

Imej
 NASI AYAM KEPSI 1) tumis bwg merah n halia dgn planta/margerine pelangi 2) masukkan bahan tumisan dlm beras yg dah dibasuh bersih 3) masukkan kiub pati ayam n garam sikiiiit je 4) renjis minyak bijan sikit (ni killer ingredient dia) 5) air sukat mcm biasa nak masak nasi * Mmg x letak daun pandan or geng sekawan tu but believe me rasa dia tetap mantopppp Kredit : SharMynn Hazman‎

SIAKAP STIM LIMAU THAI

Imej
 RESEPI SIAKAP STIM LIMAU THAI  (PRIK KEE NOO) Bahan-bahan : 1 ekor ikan siakap sederhana besar 4 ulas bwg putih 1 biji bwg holland 1 kiub pati ayam 5 biji cili padi 2 inci halia 2 batang serai 3 sudu sos ikan 1 cawan jus limau nipis 1 sudu gula Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan Cara-cara : 1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap.. 2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air 3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan 4. Masukkan ikan ke dalam pengukus 5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan 6. Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan 7. Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak 8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah REFER TO BLOG LINK IN BIO 

MEE BANDUNG

Imej
MEE BANDUNG  1/2 bj bwg merah besar 1/2 bj bwg holland 2 ulas bwg putih 1inch halia 2sb udang kering 5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit) Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit) 2sb sos cili 2sb sos tiram Ayam&udang 1sb chicken stock powder Gula&garam 500ml air Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).  Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap. Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang. Kredit : Marina Sweet Bakery

GULAI SOTONG

Imej
 Resepi gulai sotong ================ Bahan tumis * Bwg merah * Bwg puteh *Daun kari Serbok kari ikan(jenama apa pn xpa) kentang... tumbuk bwg merah bwg puteh tumis bahan2 yg bertanda.. masokn serbok kari dn bwg yg dtumbuk... dh pecah minyak masokn kentang tmbah ayer .. letak garam.. kentang dh empok letak santan ... last skali sotong...dn daun bwg... maaf xpndai susun resepi .. semua bahan agak2 ja...😊

SUP TELUR PECAH

Imej
 SUP TELUR PECAH . Bahan2; Sedikit Bawang besar(potong dadu) Jejari ketam Cendawan butang Jagung (dlm tin) Isi ayam ( rebus dahulu kemudian siat2 halus isinya)-jangan buang air rebusan ayam ni ye 2/3 bj telur 2 ketul kiub pati ayam Sedikit tepung jagung ( utk pekatkan kuah)-gaul dgn sedikit air *semua bahan ikut suka je..kalo nk byk ketam bubuhla ketam byk...jika nak cendawan byk bubuhla byk2 cndawan 🙂 🙂 tp sy suka bubuh jagung tu yg byk🤣 . Cara2: Air rebusan ayam tadi di guna semula..kalau kurang air tambahkan lg air... Panaskan air rebusan...biar hingga menggelegak/mendidih Selepas itu masukkan bawang besar..biar seketika...masukkan ayam dan kiub pati ayam dan cendawan...gaul Masukkn telur..sambil tuang telur sambil gaul Masukkan perasa *jika nk tmbh (garam/ajinomoto/gula) ikut suka Masukkan jejari ketam dan jagung..kemudian akhir sekali masukkan tpg jagung yg sudah d gaul dgn air td...gaul rata.. Jika kuah sup tidak pekat bolehlah d tambahkn lagi dgn tpg jagung..ikut suka ya ...

CHICKEN WINGS ALA 4FINGERS

Imej
 Resepi chicken wings ala 4fingers Sekilo kepak ayam (potong 2) Perap ayam dgn  💦-garam  💦-blackpaper  💦-sos tiram  💦-mix herb(klu xde pun xpe)  Massage sikit bagi rata Celup ayam dalam tepung jagung Tips dia make sure tepung jagung full coating kat ayam tuh. Jgn nmpk basah. Dalam masa yg sama standby panaskan minyak. Goreng ayam dgn cara double fried. Goreng ayam dlm 4minit. (half cooked) Angkat n toskan. Bersihkan minyak panas td dr seradak or tepung2 balance tuh. Bagi minyak panas blek pastu goreng blek ayam yang half cooked td. Api jgn terlalu besar dan jgn terlalu kecik. Make sure minyak btl2 panas. Goreng sampai ayam garing. Angkat dan tos. Sauce dia Bawang putih cincang halus mcm cincang pmpn yg ursha laki kita 😜 Tumis dgn butter. Klu pkai unsalted butter bole buh garam sikit masak tumis tuh. Tumis bwg putih dgn butter, 2 sudu sos tiram, 3sudu brown sugar (xde brown sugar pkai laa purple sugar pun bole klu ada 🤣🤣🤣) Masukkan madu 3sudu (bukan ...

APAM TAPAI NASI

Imej
 Apam Tapai Nasi 2 cwn tepung beras ( cap bunga teratai ) 1 cwn gula pasir ( saya letak 3/4 cwn ) 1 cwn tapai nasi 2 cwn air 1 pkt eno ( kaler biru ) Acuan kecil sapu minyak Cara2 buat- Satukan semua bahan2,blend sampai halus dan sebati kemudian tapis Perap dalam bekas bertutup,selama 4-5 jam Selepas perap,masukkan eno,kacau sebati Tuang adunan dalam acuan kecil Kukus selama 15 minit,api sederhana Pastikan air kukusan betul2 mendidih Balut penutup kukusan dengan tuala bersih Cara Buat Tapai Nasi- 3 cwn nasi sejuk 1 ketul ragi Sediakan tupperware,masukkan nasi sejuk,lerai2kan nasi tu,kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi,tutup,balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi Jika suka apam warna wani,boleh letak pewarna dalam aduna Kredit : Nawar Azhar

TALAM PANDAN

Imej
 TALAM PANDAN  RESEPI* Tepung talam pandan Bahan utk lapisan bawah: 1 cwn tepung beras 1 s/b tepung jagung 1/2 cwn gula pasir ( saya tambah 2 s/b lagi ) 2 cwn santan cair + sedikit garam 1 cwn air pandan + sedikit pewarna hijau 1 s/b air kapur ( ambil yg jernih ) Cara msk lapisan bawah: Panaskan kukusan dn sapukan sedikit minyak pada loyang 8 inci dn kukus sebentar Satukan semua bahan2 d atas ke dlm mangkuk,kacau rata tapiskan Masak adunan d atas api perlahan sehingga naik wap dn sentiasa di kacau Tuangkan adunan ke dlm loyang yg d panaskan tadi dn kukus sehingga msk selama 20 minit # sementara itu bolehlah di sediakan bahan2 utk lapisan atas # Bahan utk lapisan atas: 1/2 cwn tepung beras 4 s/b tepung jagung 3 cwn santan sederhana pekat 1 s/k garam Cara msk lapisan atas: Satukan semua bahan2 d atas,kacau rata tapiskan Masak adunan d atas api perlahan sehingga naik wap dn sentiasa d kacau supaya adunan tdk berketul Bila adunan lapisan bawah telah msk,cakarkan sedikit permukaan ...

POPIA CHEESE

Imej
 POPIA CHEESE Bahan² - Kulit Popia 1 paket ( gunting ikut kreatif anda ) - 4 Sudu Gula Halus - 1 Cawan Serbuk Cheese - 1 Sudu Kecil Garam - 1 Sudu Besar Serbuk Cili Cara² - Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan - Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam n gula . - Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi - Sedia untuk dimakan. Selamat Mencuba Kredit: Farah Subhi

CHICKEN SALAD

Imej
 CHICKEN SALAD  Chicken Salad : 1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun. 2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun. 3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2. 4. Hidang ayam grill tadi atas salad. 5. Tabur cherry tomatoes. 6. Letak telur rebus. ( cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit) 7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing. Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di Mydin je😁 Selamat mencuba! ❤️ kredit: Nabihah Azhar

LEPAT LIAT UTARA

Imej
 Resepi lepat liat utara Bhn2 3 cwn tpg pulut 1/2 cwn santan 3 sudu mkn gula putih 1 sudu kecil garam Kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam halus Daun pisang Minyak masak utk sapuan Bhn dimasak 1 cwn gula merah + 1/2 cwn air Cara buat Masak air gula merah dan ketepikan. Masuk santan,garam,gula putih bersama tpg pulut di dlm bekas dan gaul sebati. Masuk air gula merah td sambil ditapis dan kacau hgga tidak berketul. Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu mkn adunan serta ratakan.Sapu minyak pd jari dan tekan adunan. Letak inti nyok ditgh2 adunan dan balut kemas.Akhir sekali kukus selama 45mnt.Selamat mencuba. Kredit: Nor Hasimah

AYAM MASAK THAI

Imej
 AYAM MASAK THAI simple sgt2..rasa masam manis pedas,anak2 pun suka..😋 Ramai yang tanya resipi,so saya update skit status ni yer...resepi ada kat 👇 Ayam yg digoreng dgn kunyit Bahan tumbuk : * bawang merah 5biji * bawang putih 3 ulas * sedikit kunyit hidup * cili padi(ikut nak pedas mana) Bahan lain : 2sudu sos tiram 2sudu sos tomato 3btg Serai diketuk 3helai daun limau purut Garam,gula Cara2 : Tumiskan bahan tumbuk dengan serai smpi garing, Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram,sos tomato,daun limau.... Masak smpi bawang betul2 masak dan pekat...tambah perasa ngn bawang holland yang dipotong nipis...ok siap😁 selamat mencuba Kredit : Aneka Resepi Cake

CENCARU SUMBAT PORTUGIS

Imej
 Resipi Cencaru sumbat Sambal Portugis   Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.  Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.  Bahan2 sambal Daun kesum racik2 Bunga kantan hiris nipis2 15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)  Gula Garam Secukup rasa Aji (ikot masing2)  *1biji bawang besar  * 3 biji Bawang kecil  *3 biji Bawang putih  *Sedikit belacan *1biji Tomato *15 tangkai Cili kering direbus *3 cili besar hijau *10 cili api Cara masak Blend kasar2 semua bahan bertanda* Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.  Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.  Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.  Kacau2 lg dan rasakan.  Bila dh pekat ttp api.  Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.  Goreng dgn garing.  Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan ...

POPIA SATAR

Imej
POPIA SATAR Bahan: 3 ekor ikan kembung..rebus sekejap 1 1/2 cawan kelapa putih ) 10 biji cili api ) 3 ulas bawang merah ) 1 ulas bawang putih )ditumbuk 1 inci halia ) 2 batang serai ) sedikit air asam jawa garam dan gula Cara: Ikan yang direbus tadi dibuang tulang tumbuk hingga hancur. Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk Masukkan air asam jawa perasakan garam dan gula Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng. *saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan. Resepi: dari Google Kredit  : Syarifah Nor Hj Abdullah

SALMON GRILLED LEMON SAUCE

Imej
 RESEPI SALMON GRILLED LEMON SAUCE.. Resepi.. - Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon,kemudian grilled salmon dgn sdikit butter..ketepikan..guna minyak yg sama utk buat sos. Bahan sos.. - Butter - Bwg putih cincang - Cooking cream/fresh milk - Sdikit air perahan lemon - 1 sudu besar tepung jagung Bahan perasa - Parsley cincang - Cara2.. - Cairkan butter,Tumis bwg putih hgga perang,masukkan cooking cream atau fresh milk,kacau rata..masukkan tepung jagung..matikan api,masuk dlm blender bersama perahan air lemon..bila dh blend masuk dlm kuali balik,kecilkan api..tmbh bhn perasa,garam dan juga gula..bila kuah dh agak pekat,matikan api..masukkan parsley cincang.. siap!! Tuang atas salmHerawat Kredit : Herawati Basri

APAM GULA MELAKA

Imej
 APAM GULA MELAKA Bahan. 1/2 cawan gula melaka diracik 1/2 cawan gula pasir 2 helai daun pandan 1 1/2 cawan air Masak semua bahan ni tapis dan sejukkan 3 cawan tpg gandum 1/2 paket mauripan dibancuh dgn 1/2 cawan air Cara. 1.Bila gula dah sejuk tuang dlm tepung berserta bancuhan mauripan. 2.Kacau rata dan perap lebih kurang 1 -2 jam. 3.Kukus hingga masak (anggaran 30mnt) 4.Bile sejuk potong dan tabur kelapa parut putih yg digaul garam. Kredit : Ayuqaseh Ashraf

KETAM MASAK PEDAS ALA THAI

Imej
 Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam🦀 -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)  -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun)  -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping  -2 Sudu Serbuk Kari  -3 Sudu Cili Giling  -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)  -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati Kredit  : Mahfuzah Amin

BUBUR LAMBUK DAGING

Imej
Resepi Bubur Lambuk daging👇 Bahan2.. 💦2 mug beras ( rendam dlm 20min). 💦 Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak). 💦 Rempah sup..( 1 bungkus kecil) 💦 Santan.. (.250 ml) 💦 Lada hitam...3 sb. 💦 Bwg merah...3 biji. 💦 Bwg putih...8 ulas. 💦 Halia....2 jari. 💦 Kentang. 💦 Lobak merah. 💦 Daun sup. 💦 Bwg goreng. Cara2... Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing. Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras. Goreng beras seketika...masukkan air. Rebus beras sehingga nmpk lembut. Masukkan santan & garam.. Lada hitam serbuk masukkan juga. Masukkan kentang & lobak merah.. Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng... Sesuaikan rasanya.. Bubur Lambuk siap. *boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.  Kredit : Jamal & Asmahan

NASI BERIANI GAM

Imej
 RESEPI NASI BERIANI GAM Bahan-bahan : 3 cawan beras moghul faiza ayam separuh potong sedang2 1 senduk rempah beriani mak siti 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras hiris bawang merah dan putih agak2 sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih. sedikit daun pudina 1 biji tomato di potong 4 1 sudu minyak sapi setengah senduk minyak masak Langkah penyediaan:- Panas kan minyak masak dgn minyak sapi kemudian masuk kan bawang yg telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air, bila dah nak didih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam cpt masak, agak2 ayam dah masak masuk kan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau terus masuk kan beras yg sudah di basuh lalu masuk kan air 3 cawan rata kan dan tutup biar didih hinga kering, 😋😋 Bila dah kering keci kan api, titik kan pe...

CHICKEN PERATTAL

Imej
CHICKEN PERATTAL ****************** BAHAN-BAHAN Ayam – dipotong kecil Sebiji tomato Daun kari sikit Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa) 5 biji bawang kecil 5 ulas bawang putih 2 halia saiz ibu jari 1 batang kayu manis 5 buah pelaga 2 bunga lawang 1/2 sudu besar jintan manis 2 1/2 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Garam CARA PENYEDIANNYA 1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. 2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari. 3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi 4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak. 5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit. 6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato. 7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging. 8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terla...

PUDING PISANG SOS KASTARD

Imej
 PUDING PISANG SOS KASTARD makan sejuk² memang sedap 😋👍... Pisang secukupnya..digoreng dengan sedikit butter sehingga perang...ketepikan. Bahan² kuah kastard... Susu cair 1 tin Kuning telor sebiji Air 1/2 cawan Gula 2sb Tepung kastard 1sb Daun pandan 1 (ikat) Cara buat: 1) Campurkan semua bahan² sehingga sebati(kecuali daun pandan)..tapiskan ke dlm periuk. 2) Masak dengan api yg perlahan, kacau jangan berhenti..Dah mendidih terus angkat..sejukkan..Simpan dalam peti ais..  3) Bila nak makan..letak kuah ke atas pisang..hiaskan dgn buah²an kering atau kekacang seperti gajus atau badam... Kredit: Imah Rahman

SAMBAL KENTANG

Imej
SAMBAL KENTANG  Cara masak: Kentang dikupas kulit dan dipotong ikut suka. Cuci dan gaul dgn sedikit garam. Goreng kentang dulu. Angkat dan goreng bilis pula. Keluarkan minyak tinggalkan untuk menumis. Bahan tumis:. Cilimerah + cilipadi blend dengan bawang besar, bawang putih. Nak bubuh belacan sikit pun boleh taknak pun boleh. Dah blend tumis hingga terbit minyak, masuk sedikit air asam jawa, garam dan gula. Tumisan mesti kering tau so air asam tu sikit jer airnya. Dah siap masukkan kentang bilis, gaul mesra.

TOM YAM CAMPUR

Imej
 TOM YAM CAMPUR  *3/4 ulas bawg putih ketuk "Cilipadi 2 biji *Serai 2 batg ketuk *Bwg Holland sebiji ptg 4 *Tomato 2 biji belah 2 *Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar *Air 2 cawan *Ayam sotong /udang Sayur karot/bunga kobis Daun limau purut 2/3 helai Jus limau Garam gula Susu segar satu senduk Cara masak Masukkan semua bahan yg * renehkan dalam 10 mnt then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur2 biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udg than last skali susu cair.💖 Kredit: Adilin Qistina

VIENNA BROWNIES

Imej
 VIENNA BROWNIES **************** 120 gm butter 240 gm dark chocolate 270 gm gula halus 8 biji telur gred A 1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas 1 sudu teh esen vanilla *220 gm tepung gandum *60 gm serbuk koko *1 sudu teh soda bikarbonat 80 ml fresh milk Chocolate chips utk tabur diatas Ayak bahan bertanda * Bahan cream cheese : 250 gm cream cheese 60 gm gula halus 60 gm tepung gandum 2 biji telur 80 ml air 1)Cairkan dark chocolate + butter.  2)Masukkan nescafe + susu + esen vanilla ke dlm adunan chocolate, kacau rata. Ketepikan. 3)Dalam bekas lain whisk gula + telur hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan. 4)Satukan adunan tepung dgn adunan chocolate dan gaul rata. Ketepikan. 5)Utk cheese pulak, guna mixer pukul cream cheese + gula hingga berkrim. Kemudian Masukkan tepung + telur + air dan pukul sekejap lagi hingga semua sebati. Jgn over beat ya! 6)Masukkan separuh adunan chocolate dlm tray 10'' x 10''. Kemudian tuang adunan cheese perlahan...

LAKSA JOHOR

Imej
 RESEPI LAKSA JOHOR  Bahan-bahannya :-  1 paket Spaghetti (direbus) BAHAN A :- 5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend) 1 paket kecil udang kering (diblend) Sedikit isi ikan kurau masin (diblend) Sedikit udang basah (diblend) BAHAN B (diblend) :- 3 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering 1 inci halia  1 inci lengkuas   1/2 inci kunyit basah 2 batang serai 1 paket santan pekat 1 mangkuk kecil air asam jawa 1 paket kerisik 2 paket kecil rempah kari ikan Garam halus Gula pasir Ajinomoto Bahan Ulaman/hiasan :- Limau kasturi di belah dan dibuang biji Timun hiris Tauge  Bawang besar hiris Daun kesum hiri Bunga Kantan hiris Lobak asin halus Sambal belacan. CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :- 1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak. 2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga n...

AIR ASAM

Imej
 Resepi air asam. . Cili padi 10biji Cili besar 2 biji Tomato 1biji Belacan 2 ibu jari . - goreng dengan myk sikit. Lepas tu masukkan dlm blender bersama : . Kerisik 2 sudu besar Asam jawa adabi 2 sudu besar Air suku cawan ikea Gula Garam . Blend semua. . Bahan hiris: Bawang besar Cili besar Cili padi Tomato Limau kasturi hiris dengan kulit skali . Campur kan bahan blend dengan bahan hiris. . Ps: kalau anpa suka pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg byk lg meletop. Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe. . Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii... Kredit : Kuali Mama

DAGING BLACK PEPPER

Imej
   RESEPI DAGING BLACKPEPPER  ½ kilo daging 5 ulas bawang putih - tumbuk halus 4 biji bawang merah - tumbuk halus 2 inci halia - tumbuk halus 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis sedikit serbuk lada hitam Bahan-bahan lain: 2 sudu kecil serbuk black pepper Kicap secukupnya 1 sudu besar tepung jagung Sedikit air 1 biji tomato sedikit capsicum hijau 2 biji cili merah 1 biji bawang holland Daun ketumbar untuk hiasan(optional) Kredit : Khairul Ameng

BINGKA JAGUNG

Imej
 Bingka Jagung  3 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula 4 cawan jagung mentah 4 cawan santan sederhana pekat 4 biji telur 3 titis pewarna kuning 1/2 cawan minyak masak 1/2 sk garam sedikit bijan 1.hancurkan jagung bersama santan.masukkan ke dalam satu bekas.ketepikan. 2.masukkan gula,garam,telur,pewarna kuning ke dalam mixer.bancuh perlahan-lahan. masukkan jagung hancur.kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.akhir sekali masukkan minyak masak dan kacau hingga sekata.tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan sedikit minyak dan taburkan bijan. 3.bakar selama - 40 minit 150C.Tambahan 180C 30 minit utk lebih garing. (Bergantung kpd jenis oven masing-masing) Kredit: Zainoor Aliza Ali

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Imej
 RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES . Dapat dlm 100 biji  Resipi asal guna 2 cwn cornflakes .  Boleh Juga 1/2 cawan ramas hancur campur dlm adunan tepung.  Yg baki kasar dlm mangkuk yg lain di buat golek-golek.  Sukatan doh Guna 1 sudu teh. cedok dan golek dlm bekas cornflakes kasar. Mana yg x kena cucuk2 bg cantik.  - 1 3/4cwn tepung gandum - 1/4 cwn tepung jagung - 1/2 sudu teh baking powder - 2 cawan cornflakes ramas kasar  - 200g butter (suhu bilik) - 3/4 cwn gula kastor - 1 biji kuning telor Cara-cara: Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder  Gaul sebati Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt Sapu nipis permukaan loyang dengan butter  Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis  Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.. . Kredit : Surainah Hussin