DAGING / AYAM UNGKEP JAWA


 RESEPI DAGING/AYAM MASAK UNGKEP JAWA


cara bonda mak mertuaku... Asminah parit lapis


BAHAN A

Bahan Kisar:


5 biji bwg kecik

3 biji bwg putih

5 tangkai cili kampung / cili api (nak pedas berasap sila tambah cili)

3 sdb ketumbar

2 sdb jintan manis

(Ketumbar, jintan blend jangan halus sangat)

1 inci halia

1 inci kunyit


Bahan Lain:

1 kg daging/ayam

Garam secukup rasa

1 sdb gula

1 cwn air

Minyak

2 btg serai (diketuk)

kuali


Cara buat:

Blender bahan A hingga lumat. (gaulkan dengan daging - biarkan sekejap (perap sekejap)


Panaskan minyak. Tumis serai yang diketuk tadi sampai agak layu

Tumis hingga naik bau. Masuk kan daging.

Tutup dan kecilkan sikit api. Kalau kering dan daging belum empuk sangat masukkan air sikit. perasakan garam gula.

Masak hingga kering. Siap dan MasyAllah sedap.


Enak dimakan dengan nasi atau lontong. ikut suka.


Kredit:  Norazlina Mohamad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI