Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

APAM KAMPUNG

Imej
Apam kampung 500 gram tepung gandum 1 paket mauripan 1 cawan gula pasir(jgn penuh) 3 1/2 cawan air suam 1 sudu teh garam Sedikit pewarna hijau Kelapa parut(ambil yg putih) Cara Panaskan kukusan Bancuh semua bahan hingga rata Tapis adunan terus kedlm loyang dan biarkan adunan naik lebih kurang antara 20-30 minit Kemudian kukus selama 30-40 minit Biarkan betul2 sejuk,potong dan hidang dgn kelapa parut Kredit: Marlina Murat

TOPOKKI/TTEOBOKKI (KOREAN SPICY RICE CAKE)

Imej
Resepi Topokki/Tteokbokki (Korean Spicy Rice Cake) versi Malaysia Bahan-bahan Topokki:  1 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum Secubit garam Sedikit minyak bijan Air suam Bahan-bahan kuah Topokki: 3 ulas bawang putih yang dicincang 1 sudu besar pes cili giling 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar gula 1 sudu kecil stok ayam (Boleh juga tambahkan sos pedas Korea Adabi) Sosej 1 biji telur rebus Biji Bijan Cara penyediaan Topokki:  1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh dan pastikan doh tersebut tidak melekat di tangan. 2. Uli doh secara memanjang dan dipotong kecil. 3. Sapukan minyak bijan di atas pinggan, dan letakkan topokki, seterusnya kukus selama 5 minit.  4. Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan topokki. Cara penyediaan Kuah Topokki: 1. Panaskan sesudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan semua bahan yang telah disedia...

CAKOI LEMBUT

Imej
  Resepi Cakoi Lembut  Bahan-bahan cakoi : 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan air suam 1/2 sudu kecil yis 2 sudu besar gula 1 1/2 sudu besar minyak jagung 1/2 sudu kecil garam Cara-cara : Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua. Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil. Nota : Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang le...

SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ROTI BAWANG PUTIH

Imej
  SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ROTI BAWANG PUTIH  1 liter air 2 tin cendawan butang 1/2 cawan isi ayam kisar 1/2 cawan tepung gandum 1 kiub ayam knorr 1 liter susu segar 1 sudu besar italian herbs garam secukup rasa Ayam kisar dgn 1 tin cendawan butang..pastu masukkan dlm periuk, tambah 1 liter air..renih sebentar..sambil tu potong cendawan butang yg lagi 1 tin tu..masukkan dlm periuk..tambah kiub ayam & susu segar..akhir sekali masukkan 1/2 cawan tepung gandum yg telah dibancuh dgn sedikit air..masukkan sedikit demi sedikit ye..ikut le nak pekat macamana..bila dah pekat perasakan dgn garam secukupnya & taburkan italian herbs.. RESEPI SAPUAN GARLIC BREAD 1 ulas bawang putih 50gm buttercup 1 sudu kecil italian herbs tumbuk @ kisar bwg putih kemudian campurkan dgn butter & italian herbs..gaul rata sebelum disapu pada baguette (roti perancis) yg telah dipotong..mama masak atas pan je..boleh juga bakar dlm oven.. kredit: norzieana

KEPAK AYAM PEDAS

Imej
 KEPAK AYAM PEDAS Bahan: πŸ‘‰ 5 sayap ayam, potong jd 2..ksh perasan jeruk nipis.. Diamkan sbntr lalu cuci bersih πŸ‘‰ 4 bwng putih halus πŸ‘‰1 jari jahe haluskan πŸ‘‰ 2 sdm saos tomat πŸ‘‰ 3 sdm saos sambal πŸ‘‰ 2 sdm saus tiram πŸ‘‰ 1 sdm madu πŸ‘‰ cabe bubuk ( sesuaikan selera) πŸ‘‰ 1 sdm minyak wijen (bs nga pake) CARA : πŸ‘‰ bumbu dan ayam.. Aduk rata lalu diamkan sesaat didlm kulkas πŸ‘‰ panaskan api.. Ungkep sbntr (beri 3 sdm air) masak smp menyusut πŸ‘‰ goreng.. Bisa jg di oven Kredit : Via Anggraini

KERABU PUCUK PAKU

Imej
πŸ‘‡ Resepi  Bahan-bahannya : ● 250gm taugeh ● 500gm isi kerang ● pucuk paku - celur  ● sedikit belacan-tumbuk ● 2biji cili merah-tumbuk ● 10biji cili padi- boleh tambahkn @kurangkan-tumbuk ● 2biji limau nipis ● garam dan gula secukup rasa ● 1 biji bawang besar- hiris ● 2sb kerisik Cara membuatnya : 1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk. gaul hingga sebati. 2. perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati 3. Siap dan bolehlah dihidangkan... Credit : Siti Rahayu Ahmad

SUP IKAN SIAKAP LADA HITAM

Imej
 Sup Ikan Siakap Lada Hitam Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam) 1 inci halia di belah2 sahaja 1 keping asam gelugur (asam keping) 1 sudu besar thai fish oil 1 sudu teh perencah sup 1 btg serai (ketuk) Garam & perisa lain ikut suka Bahan tumbuk: 3 biji bawang putih 3 biji bawang merah (sederhana) 1 inci halia 1/2 sudu teh biji ketumbar 1/2 sudu teh jintan putih 1/2 sudu teh jintan manis 1 sudu teh lada hitam & sedikit je lengkuas (taknak pun takpe) (Semua bahan ini tumbuk lumat ok) Rempah penumis: 1 batang kulit kayu manis 2 biji cengkih 2 kuntum bunga lawang Bahan hiasan: Tomato belah 4, sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Cara: 1. Panaskan sedikit minyak masukkan rempah tumis (Kayu manis,cengkih,bunga lawang) 2. Masukkan bahan tumbuk & serai (diketuk) goreng hingga naik bau 3. Tambahkan air (agak2 ok) & masukkan sedikit perencah sup & asam keping, masukka...

KEK PISANG

Imej
 CAKE PISANG  Resipinya: 1- 3 biji pisang berangan@ 1 cawan pisang yg dah dilecek.. (kalo pisang tu besar guna 2 jer..cth pisang yg biasa jual kt pasar raya kan besar..guna 2 jer)kalo guna pisang mas 7@8biji  2- 3/4 cawan gula kastor 3- 4 biji telur gred A 4- 1 cawan minyak jagung 5- 1 sdb perahan lemon 6- Secubit garam Bahan ayak: 1- 1 1/2 cawan tepung gandum 2- 1 sdt baking soda 3- 1 sdt double action baking powder (bleh juga guna baking powder biasa) Hiasan: Hirisan pisang potong nipis Caranya: 1- Satukan..minyak,telur,gula,garam masukkan dlm balang blender dan kisar 5-6mnt.. 2- masukkan pisang blend sekejap jer..  3- Satukan bahan ayak dlm bekas...tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak..kacau sebati.. 4-  Panaskan oven 10 mnt suhu 170*api atas dan bawah... 5-  leser mentega pada loyang.. nak kek tebal guna loyang saiz 8x8*...nak x berapa tebal bleh guna loyang 10x10*..lapik baking paper.. 6-  tuang adunan dlm loyang..letak hirisan pisang... 7-...

NASI BRIYANI UDANG RINGKAS

Imej
 NASI BRIYANI UDANG RINGKAS BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit 5 ulas bawang merah kecil – mayang halus 3 ulas bawang putih – mayang halus 1 inci halia – mayang halus 1 batang serai – dititik 1-2 helai daun bay 5 biji cili padi 1 biji cili merah – dipotong besar 250gm udang besar -dibuang kulit 2 sudu makan rempah biryani 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak Rempah 4 sekawan  Kismis dan kacang gajus secukupnya Garam secukup rasa Sedikit pewarna kuning telur  2 ½ cawan air – untuk masak nasi CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan. 2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa. 4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam per...

CHICKEN WINGS ALA 4FINGERS

Imej
Resepi chicken wings ala 4fingers Sekilo kepak ayam (potong 2) Perap ayam dgn  -garam -blackpaper -sos tiram -mix herb(klu xde pun xpe) Massage sikit bagi rata Celup ayam dalam tepung jagung Tips dia make sure tepung jagung full coating kat ayam tuh. Jgn nmpk basah. Dalam masa yg sama standby panaskan minyak. Goreng ayam dgn cara double fried. Goreng ayam dlm 4minit. (half cooked)  Angkat n toskan. Bersihkan minyak panas td dr seradak or tepung2 balance tuh. Bagi minyak panas blek pastu goreng blek ayam yang half cooked td. Api jgn terlalu besar dan jgn terlalu kecik. Make sure minyak btl2 panas. Goreng sampai ayam garing. Angkat dan tos. Sauce dia Bawang putih cincang halus mcm cincang pmpn yg ursha laki kita 😜 Tumis dgn butter. Klu pkai unsalted butter bole buh garam sikit masak tumis tuh. Tumis bwg putih dgn butter, 2 sudu sos tiram, 3sudu brown sugar (xde brown sugar pkai laa purple sugar pun bole klu ada 🀣🀣🀣) Masukkan madu 3sudu (bukan carikan madu ya πŸ”ͺ masukkan chil...

KUIH BINGKA

Imej
 RESEPI KUIH BINGKA UBI . Bahan-Bahan : 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg) 1 cawan gula pasir 2 telur 1/2 sudu garam 1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik ) 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar beberapa titik pewarna kuning . Cara Membuat : 1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi) 2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk. 3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning. 4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati 5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah 6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci. 7. Suduka...

PANCAKE GEBU

Imej
 Pancake Gebu. Bahan bahan: 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 biji telur 1 cawan susu segar 2 sudu besar gula (nak lebih atau kurangkan pun boleh) 1 sudu minyak masak Cara masak 1. Satukan tepung gandum dan baking powder. 2. Asingkan kuning dan putih telur 3. Pukul putih telur hingga kembang dan putih. 4.  Dalam bekas lain campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati 5. Masukkan minyak dan susu tadi dalam bahan no 1. Kacau sebati 6. Masukkan putih telur dan kacau kaup balik. 7. Sedia dimasak atas pan anti lekat dengan api sederhana. Kredit : Leha Yusuf 

KERUTUK AYAM

Imej
 RESEPI KERUTUK AYAM. 1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos) 1 cawan santan 2 sudu kerisek 7 tangkai cili kering. 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia 1 batang serai Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) 1/2 bungkus rempah kerutuk adabi 1/2 bungkus rempah kari adabi Air Minyak Garam Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit) Cara buat : Bawang merah, bwg putih, halia, serai dan cili kering di blender...(rebus dlu cili kering tu ye) Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yg dikisar...masukkan skali rempah 4 sekawan, kmudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)... Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....masukkan sedikit air, kacau...kemudian masukkan ayam... Gaulkan...masukkan kerisik dan santan.. Kacau sampai pekat dan agak kering...sebelum tu masukkan garam...rasakan...tngok nak pekat macam mana ikut cita rasa masing² ye... Kredit : mim nazi...

AYAM PERAP BBQ

Imej
 Ayam Perap BBQ Bahan-Bahan: 1 labu bawang besar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia ½ inci lengkuas 2 batang serai 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok) 3 sudu besar madu 1 sudu besar serbuk cili 3 sudu besar mentega/margerin or minyak 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya) 2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih) garam secukup rasa Cara Cara Dia :- 1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai 2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain. 3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik. Tambahan: Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap. Kredit : Daily Masak Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg. BBQ lebih seda...

SIZZLING YEE MEE

Imej
Bahan bahan : Yee Mee 1 pek - celur & toskan. Sawi seikat - celur & toskan. Ayam separuh ekor - potong kecik Cendawan butang 1 pek - hiriskan Cili kering - gunting kasar2 je Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci - cincang halus  Serbuk lada hitam - 1 sudu* Kicap pekat - 1 sudu* Kicap manis -2 senduk* Sos tiram - 1 senduk* Kiub ayam - 2 ketul* Tepung jagung - 2 sudu Cara- cara : Tumiskan bawang & halia sampai naik bau.. Masukkan cili kering.. Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air. Biarkan sampai ayam masak. Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan. Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya. Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air). Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur. Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidang kan.. Kredit : Izi Ismail

POPIA SIRA SAMBAL

Imej
Popia Sira Sambal ~ 1 bungkus kulit popia (gulung gunting & goreng) Sambal (boleh oter ikut kuantiti popia) ~ 2 biji bwg kecil ~ 1 ulas bwg putih ~ 2 senduk kecil cili kisar ~ 3 sb sos cili ~ 1 sb gula ~ 3 sb madu ~ garam secukup rasa ~ daun kari ~ bijan (sangai dulu) *Tumis bawang yg dah di tumbuk, masukkan cili kisar, cili sos, kacau2 agak cili dah masak (api kecil), masukkan gula, madu, garam.. *Kacau sampai likat.. Ttup api tunggu sejuk sikit (suam), masukkan popia sikit2 kacau rata. Masukkan daun kari & bijan.. Siap! Rasa manis pedas tu bole oter yer.. Sy agak2 je bahan.. 😁  (Tips supaya popia tak jd lemau atau lembut lepas di sira sambal) : 1. Goreng popia, toskan & biar sejuk dulu.. Betul2 sejuk.. Tp jgn sejukkan bawah kipas.. Biar dia mcm tu je.. Better letak dlm dulang. 2. Buat sambal pun sama.. Sejukkan dulu.. Tp kalau dah suam2 tu kira ok dah.. Dah bole gaul.. Simpan dlm bekas kedap udara. Kredit: nurul'izzati abuhashim

DAGING MASAK MERAH TERANGKAT

Imej
 Daging Masak Merah Terangkat Bahan-bahan 400 g daging (tak perlu potong lagi) 1 inci halia (dihiris nipis) 1/2 biji bawang besar (potong memanjang) 5 biji cili hijau (diketuk) 2 biji cili merah (dipotong serong) 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos cili 2 sudu makan cili giling 1 cawan air rebusan daging Garam dan gula secukup rasa Cara memasak 1. Ambil daging, rebus sehingga ia empuk. Kemudian, potong nipis nipis daging tersebut. Biarkan. 2. Tumis halia dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak. 3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air rebusan daging.Kacau sebati dan tambah gula dan garam secukup rasa 4. Boleh masukkan daging yang dipotong tadi. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Dah sedia untuk dihidang. Sumber : Bahiah Saeipuddin #bestmalaysiafoodviral

SAMBAL AYAM GORENG GARING

Imej
  Bahan: Ayam-bersihkan ..potong kecik dan goreng garam kunyit *2 biji lada besar @ cili masak *10-15 biji cili padi *2 biji bwng besar *3 ulas bwng putih *sedikit belacan(x nk pun x pe) 2 sudu kicap manis Garam n perasa 1 biji bwng besar-hiris bulat Tomato ceri Cara: Mesin kasar bhn bertanda * Tumis bhn mesin hingga garing Masukkan garam n perasa Masukkan kicap manis Masukkan ayam yg siap d goreng td Kacau rata n masukkan bwng hiris dan tomato ceri .. Kredit :  Kuali Mama

SAMBAL GESEK

Imej
  Sambal Gesek Bahan: 1 genggam cilipadi(merah + hijau) 1 biji bwng besar 3 ulas bwng putih 2@3 sudu besar ikan bilis(goreng garing n tumbuk pecah2) 1 biji limau nipis(ambik airnya) Sedikit belacan Perasa n secubit garam(klu ikan bilis dh masin..x perlu garam lg) Cara: Tumbuk cili,bawang , bwng putih n belacan(tumbuk pecah2 je atau mesin kasar) Tumis bhn tumbuk hingga garing Masukkan perasa n garam(jika perlu) Masukkan air limau nipis Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata Kredit : Mazliza Ahmad

PAPRIK UDANG

Imej
 Paprik Udang -1/2 Kilo udang -Lobak merah -Kacang panjang -Tomato -4 Sudu besar cili kisar -2 Sudu besar sos cili -2 Sudu besar sos tiram - 3Ulas bawang putih - sedikit halia - garam gula dn secukup rasa -1 bawang merah besar Serai dn daun limau purut Cara memasak.. Kisar bawang putih , bawang merah dan halia. Tumis bahan yang kisar hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Masukkan pula kesemua sos berserta serai yang dititik, daun limau Masukkan sayur-sayuran. Tambahkan garam dan sedikit gula serta air asam jawa. Akhir sekali masukkan udang dan dimasak sebentar sahaja. Angkat dan hidang.😊 Kredit: Aneka resepi cake

KARIPAP INTI IKAN

Imej
  Bahan inti karipap 10 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isi) Sebaiknya guna ikan kembung sardin 1 biji bawang besar 3 biji bawang putih 1 kotak santan 1 sudu besar lada hitam..ditumbuk kasar 1 sudu teh halba 2 inci halia 5 biji cili api(optional) Garam Secukup rasa 3 sudu besar kelapa parut (optional) Cara2 Masukkan semua bahan di atas dalam kuali...masak guna api perlahan hingga kering.  Pastikan kacau selalu supaya inti ikan ni kering sekata. Dah masak..sejukkan dulu. Pastikan inti jangan terlalu kering supaya bila digoreng tidak berderai.  Bahan2 untuk kulit karipap 500gm tepung gandum 1 cawan air dari peti sejuk 2 sudu besar tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan minyak panas 1/2 sudu besar garam halus Cara2 Panaskan minyak. Masukkan dalam tepung. Guna senduk kayu . Gaulkan supaya minyak rata kt tepung. Masukkan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit ...uli guna tangan .  Bila dah siap uli..simpan doh dalam plastik. Biarkan sekurang2nya 1/2 jam ...

MEE HAILAM

Imej
 MEE HAILAM BAHAN-BAHAN: 300gm udang sederhana besar 300gm daging ayam 3 ekor sotong saiz besar 1 peket fish ball 1 peket mee 3-4 cawan air 1-2 sudu besar cili kisar 3-4 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap cair 2 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos nampla 2 biji telur Sedikit sayur sawi Sedikit bunga kobis 1 batang carrot 2 biji tomato masak ranum Sedikit tepung jagung n air - dibancuh Garam secukup rasa Daun sup dan cili merah secukupnya Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya . CARA-CARA MEMASAK: - Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni. - Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh l...

KEK COKLAT MOIST

Imej
 πŸ“Resepi Kek coklat moist  πŸ“ bahan: cawan(cawan minum kopi biasa) sk (sudu kfc) Ayak 2 cawan tepung gandum 1cawan serbuk koko 1sk baking powder 1/2 sk soda bikarbonat 1/2 sk garam halus bahan mix kembang gebu 5 biji telur 1sb ovalate 1 cawan gula 1sk emolco coklat / emolco coffee dah kembang masukkan 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak matikan mixer masukkan slow2 campuran tepung td kacau sebati tuang air 1/2 cawan panas sket2 smbil kacau.panas kn kukusan.guna loyang 8x8 atau 9x9 lapik baking paper.ttup permukaan loyang dgn wraping plastik.kukus 40 hngga 45 mnt apo besar.siap tebalik kan atas board.  Bahan topping coklat: 300 g coklat beryls potong2(dark) 1 cawan whipping dairy 2sb butter satukan semua masukkan dalam pengukus ttup permukaan dgn plastik bia 10 mnt.keluakan whisk je siap biakan 1 hngga 2 jam kek yg dah masak masuk peti ais dalam sejam baru  curahkan topping coklat kredit: azlina ina

SIAKAP GORENG BERLADA

Imej
 RESEPI SIAKAP GORENG BERLADA BAHAN -BAHAN : 1 ekor ikan siakap 2 sdm tepung jagung Garam Serbuk kunyit Mnyak utk mgoreng ~cuci siakap dgn air asam jawa...kmudian bilas bersih...tos air....lumurkan dgn garam, serbuk kunyit dan tpung jgung...lumurkan sampai rata ~panaskan minyak...goreng siakap smpai masak..ketepikan dahulu. BAHAN A~ 1 ulas bawang besar 3 ulas bwang merah 2 ulas bwang putih Halia Serai (dititik) ~blander semua bahan kecuali serai...ktepikan dulu BAHAN B~ lada besar Cili api(Ikut slera...nak pedas ke tidak) ~tumbuk kasar bahan B...ktepikn dulu BAHAN C~ sos cili Sos tomato Sos tiram Kicap pekat (1/2 sudu mkn) Garam (jika perlu sahaja) Ajinamoto (abaikan jika tidak perlu) Minyak utk mnumis Sdikit air ~panaskan sedikit minyak...masukan serai dan bahan A...tumis smpai naik bau...masukan bahan B...tumis skejap...masukan sdikit air..masukan bahan C....kacau rata....tunggu mdidih....siap Tuangkan atas ikan siakap yg telah dgoreng tadi. Kredit: Kuali Mama

AYAM SERAI THAI

Imej
 RESEPI AYAM SERAI THAI. Bahan Bahan : 6 kepak ayam, potong buang hujung sayap 1 tsp serbuk kunyit Garam . Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing . Bahan Sambal ; . 2 batang serai di ketuk 5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus 1 sudu makan sos seafood 1 sudu makan sos ikan 1 kiub pati ayam Gula secukupnya 1 biji limau kasturi, ambil.jusnya . Kisar : . 5 cili besar 6 cili padi 3 bawang putih 4 bawang merah . CARA PENYEDIAAN : 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi 2. Masukkan serai dan daun limau purut 3. Kacau rata masukkan kiub ayam 4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi 5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi. 6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak. 7. Tutup api dan hidangkan.πŸ˜‹ Kredit : Suriati Silad

AYAM TUMIS THAI

Imej
  Ayam Tumis Thai Gaul ayam dgn serbuk kunyit n garam sikit...Goreng ayam separa masak dulu..letak tepi..nk goreng garing pun terpulang Bahan2 Lada hidup Ciliapi /* terpulang nak pedas ltk lebih Kunyit hidup Bwang putih Blender semua separa lumat Tumiskan bhan blnder td smpai naik bau.. ltak daun limau purut *koyak2 je dan serai diketuk dulu.... Biarkan lame smpai pecah mnyak n bwang tu masak... Masukkan sos cili sos tomato sos tiram Garam gula ajinamoto... Biarkan lame... Masukkan ayam goreng td... Bwang holland n lada hidup sbg hiasan ... Siap πŸ€—πŸ€— Tumiskan bahan2 td.. bila naik bau.. letak daun l Kredit : Lieya Rasha‎

AYAM BAKAR LADA HITAM

Imej
 RESEPI AYAM BAKAR LADA HITAM Bahan2: 1 ekor ayam (potong 2 dibersihkan dan tos airnya) 1 labu bawang putih 2 biji bawang merah 4 inci halia 4 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar) 4 sudu besar sos tiram 4 sudu besar sos lada hitam 2 sudu besar madu Garam (secukup rasa) 4 sudu besar minyak zaitun 3 helai bay leaves Cara2: Kisar kasar bawang putih,halia,lada hitam bersama minyak zaitun (jangan kisar guna air) Campurkan bahan kisar tadi bersama sos tiram,sos lada hitam,madu dan garam. Gaul rata. Masukkan bay leaves dan gaul. Kemudian salutkan bahan2 perapan tadi diseluruh bahagian ayam. Perapkan semalaman. Sebelum dibakar selitkan butter(potong dadu) dibawah lapisan kulit ayam. Bakar selama 1jam pada suhu 180° Setiap 1/2jam sapukan minyak/butter pada ayam supaya ayam tidak kering. Kredit Kuali Opah

DAGING LADA HITAM

Imej
 RESEPI DAGING LADA HITAM Bahan -bahan:  Daging  Bwg putih 4ulas (tumbuk)  Bwg holland 2 biji  Serbuk kunyit 1 sudu kecik  Sos black pepper Lada hitam 2sudu  Capsicum hijau 1biji  Tomato 2 biji Carrot (optional,xnak letak pun xpe)  Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)   Garam, gula, aji Minyak masak   Cara Masak:  Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.  masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.  masukkn garam, gula,aji. Msukkn carrot,lada capsicum. Agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg. Ok dah siap!   Kredit resepi ini kpd fatimah ibrahim

SAMBAL AYAM PENYET

Imej
 SAMBAL AYAM PENYET cili api merah n hijau cili besar merah tomato ikan bilis  bwg merah bwg putih belacan (xda sukatan sy agak2 ja ) ptong kasar2 bhan d atas, msak dgn 2 sudu minyak smpai layu, blend ksar smua bhan2 td ( tumbuk lg best) , msak semula slps blend msak smpai pecah minyak, blh msuk perasa ikot slera msing2 ,sy msuk gula merah skit sbb suka mnis2 skit, siap πŸ€— yg suka msam2 blh picit asam limau skit ye sblum nk mknπŸ˜‰ Resepi: Puan Airul‎

KEK LUMUT NUSANTARA KUKUS

Imej
  KEK LUMUT NUSANTARA (KUKUS) Bahan-bahannya : ️10 biji telur ayam gred A ️450 gm mentega ️150 gm susu pekat ️150 gm gula halus ️130 gm srikaya ️100 gm horlick ️200 gm nestum keluarga dikisar halus ️150-180 gm tepung roti marie ( tpi kedua-dua bhn saya tukarkn timbangan) 60 gm pandan paste kupu2  ️50 gm serbuk santan cocolin ( tpi saya guna  30gm jnama santan perisa pndan) ️sesudu ovalette  ️pewarna hijau Cara-caranya : Pukul gula & mentega smpai kembang. Masukkn ovallette. Kacau lagi. Masukkn telur satu persatu. Pukul lgi smpai kembang.  Masukkn srikaya, susu & pandan paste. Pukul smpai sebati. Kemudian masukkn pula tepung roti marie, serbuk santan & horlicks. Pukul lagi sampai sebati. Pastikan tiada ketulan horlicks.  Akhir sekali masukkn serbuk nestum. Kacau lagi sampai sebati. Masukkn pewarna hijau. Kukus sampai masak πŸ‘‰ 4-5 jam Sumber Snn Cdi

KERABU MEMPELAM

Imej
Sebiji mempelam tua.kuning2 sikit...parut remdam dlm air garam.. Segemgam ikan bilis ..goreng..ditumbuk.. Kacang tanah secawan.. digoreng tanpa minyak..buang kulit nya..ditumbuk kasar.. Bawang besar potong bulat.. Bawang merah hiris nipis Cabai besar sebiji.. potong nipis Cili padi 7 biji.. potong..ikut nak pedas tambah la.. Gula perang ..dua camca besar.. Garam..sedikit.. Caranya... Mempelam tadi sejat buang air tadi.. jgn ada air langsung tau..nanti jadi kuah..tak sedap.. Gaul semua bahan diatas dengan mempelam tadi..Dah bolih makan...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ Kredit : Hayati Saidin

BINGKA ROTI

Imej
 RESEPI BINGKA ROTI 5 keping roti putih 2 biji telur 3/4 gelas gula 3 gelas santan/susu segar /susu cair 1 suduk esen vanilla 1 gelas tepung Sedikit garam Caranya: Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan. Kemudian kocok telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung sedikit2 Masukan adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata. Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan .. Bakar Adunan dgn suhu 130© sampai kekuningan....siap tunggu sejuk baru potong.. Slmt mencuba 🌻🌻🌻 Kredit kepada Resepi Ibu

KERUTUK DAGING

Imej
Daging (potong ikut suka) 1bj bawang bsaq* 3ulas bawang putih* 5btg serai* 1inci halia* 6tgkai cili kering* 1inci lengkuas (ikut suka)* saya skip Sdikit jintan manis (ikut suka)* Kerisik (ikut suka) 1bungkus rempah kerutuk 1/2kotak santan Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa) Serbuk perasa Garam Rempah 4 sekawan Cara 1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk.. 2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk 3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut suka nk tahap kpekatan tu camna..klu suka bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering... Kredit Aqilah. 

DAGING BELADO

Imej
     Bahan2 :     1 kilo daging (dipotong nipis)      15 biji cili kering* (ikut kepedasan   sendiri)       2 biji bawang besar*      5 ulas bawang merah*      4 ulas bawang putih*      1 inci halia*      1 biji bawang besar dipotong bulat      1 biji lada besar dimayang       Rempah empat sekawan untuk menumis      ( kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga       lawang, buah pelaga)      Garam dan gula secukup rasa..            Cara2nya :      Blendkan bahan2 yg bertanda..      Panaskn minyak dan tumis rempah 4      sekawan.. Kemudian masukkn bahan2      yg diblend..      Biarkan sampai pecah minyak baru      masukkn daging..      Kacau dan masukkn...

SIOMAY AYAM TANPA TEPUNG

Imej
 Siomay Ayam tanpa tepung Bahan * 250gr dada ayam fillet ( Giling halus bersama dengan 4 ulas bawang putih ) * 1 biji telur * Kobis * Lobak merah parut * Daun Bawang * Pati Ayam, Pati Cendawan dan lada sulah Cara Buat 1. Campurkan Ayam , telur , lobak merah, daun bawang dan semua bahan serbuk ( Aduk merata lalu sisihkan ) 2. Rebus kobis hingga layu ( jangan terlalu lama nanti susah di gulung ) 3. Siapkan lembaran kobis yang sudah di rebus , isi dengan adonan ayam , kemudian di gulung ( Lakukan hingga bahan kulit dan isian habis ) 4. Kukus kurang lebih 20 menit 5. Angkat dan sajikan dengan sos cili. l

RENDANG PADANG IKAN KEMBONG

Imej
    Resepi Rendang Padang Ikan Kembung Bahan Ikan..apa jenis pon boleh Bersihkan..di lumur kunyit dan garam Di goreng macam biasa..  Bahan kisar 20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas bole tambah..* Cili hijau 5 biji* Cili merah 3 biji* Bawang Besar 2 biji* Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung Kalau nak blender..boleh juga Tapi yg sedap..memang kene tumbuk Asam keping 2/3 Garam gula,perasa secukupnya.. Minyak utk.menumis( kene lebih) Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga Cara... Bila semua bahan dah siap tumbuk Panaskan minyak..tumis bahan kisar..sehingga pecah minyak..masukkan asam keping Gula garam,perasa..masak hingga sebati Agak nak kering sedikit..masukkan ikan yg telah di goreng...sesuaikan rasanya.. Agak dah sebati..kuah dah sedap mata memandang Bole tutup api..dan hidang kan bersama nasi panas Selamat mencuba..resepi yg sgt ringkas,cpt,dan mudah #boleh juga guna dalam masakan terung Proses nya sama je Sumber...Fatimah Ali...

AYAM GORENG SERINGGIT

Imej
 AYAM GORENG SERINGGIT Bahan-bahan perap: Ayam seekor potong 24 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil lada putih 1 sudu besar serbuk kari Garam Serbuk perasa adabi Bahan-bahan tepung salut ayam: 1 cawan tepung bestari pedas 2 cawan tepung gandum jenama ros 1 sudu tepung ubi/tepung beras Cara-cara: 1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia. 2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap. 3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati. 4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. 5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam. Kredit : Murni Rahmat

DAGING MASAK MERAH

Imej
Resepi Daging Masak Merah Bahan².. Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..  Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis² Bawang putih di tumbuk kasar Cili boh/pes cili kering Sos tiram Sos tomato Sos cili Sedikit kicap sotong Gula, garam & pak aji (optional)  Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)  Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging..  Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit..  Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili..  Siap utk di hidangkan.. Credit : Cik Ma

SAMBAL BELACAN KEDAH

Imej
 Sambal Belacan Ori Kedah Style  Kredit: Nor Hazliza Bt Mustapa (fb)

SAMBAL BELACAN SIAM

Imej
Bawang besar Bawang putih Belacan Cili merah Cili padi merah dan hijau Tomato Nenas Garam Gula Jus limau nipis Blender semua sekali Blender sekejap sekejap Kedit Nurul Aini

AYAM BAKAR MADU

Imej
  Resepi:  ☑Madu  ☑Bwg putih tumbuk  ☑Halia tumbuk  ☑Lada hitam tumbuk  ☑Sos bbq  ☑Sos tiram  ☑Sos manis abc  ☑Kicap cap udang  ☑Serbuk cili/paprika  ☑Minyak bijan 1 sudu  ☑Minyak jgung / butter 1 sudu   Kaedah : ➡ oven , panaskan oven 250 °c selama 15 minit , baru masukkan ayam, suhu 170°c 45 minit atau hingga masak  NOTA: pada minit ke 30 ..angkat ayam & salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam 😍   Tips : sebelum perap pastikan ayam xberair   kredit: siti fatimah

BURNT CHEESE CAKE

Imej
Resepi. 250gm cream cheese 1kotak kecik whipping cream 3 biji telur 2 sudu makan tepung gandum 1/2 cawan gula Esen vanilla 1 sudu makan perahan lemon. Blendkan semua bahan2. Tuang dekat loyang. Sy guna aluminum kecik² tu. Dapat 4. Bakar dalam oven selama 40minit (suhu 200°) bergantung oven masing2. Kredit Anisah Connie

GULAI AYAM VERSI TERENGGANU

Imej
 Gulai Ayam versi Terengganu.  BAHAN-BAHAN – 1 ekor ayam dipotong kecil – 125ml santan pekat – 3 sudu rempah kari – 3 sudu besar cili kisar – 2 sudu besar kerisik – 20 ml air asam jawa – 3 biji kentang – belah empat – Garam, gula, gula melaka secukup rasa – Air secukupnya Bahan Kisar – 4 biji bawang merah – 5 ulas bawang putih – 1 cm halia – 1 cm lengkuas – 1 cm kunyit hiidup Bahan Tumis – 1 batang kulit kayu manis – 3 kuntum bunga cengkih – 3 kuntum bunga lawang – 3 biji buah pelaga   CARA-CARA 1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis serta cili kisar. Tumis hingga naik bau serta garing. 2. Setelah garing, masukkan rempah kari yang dicampur sedikit air. Masukkan juga bahan kisar, kacau rata hingga naik minyaknya. 3. Selepas itu masukkan ayam bersama kentang. Masukkan pula air asam jawa. Biar masak seketika. 4. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. 5. Masukkan pula, garam, gula, gula melaka secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat kuahnya. 6. Siap...

BISKUT KELAPA

Imej
 Resepi Biskut Kelapa Bahan2 1 caw butter 1 caw gula 2 biji kuning telor 3 caw tepong jagung 1 caw tepung gandum 2 caw kelapa (di sanggai) Cara2 1. Putar gula, butter & telor hingga kembang 2. Masukn tepong & uli hingga sebati 3. Masukn kelapa sanggai & gaul rata 4. Terap & sapu kuning telor di atas 5. Bakar suhu 160° srlama 20 minit SELAMAT MENCUBA Kredit kpd Anisah Connie 
Imej
 LEMON CHICKEN Ayam Gaul dengan: Tepung bestari Telur Goreng dan alihkan Sos Halia dan bawang putih hiris dan tumis Masukkan air Masukkan kiub pati daging/ayam Masukkan sos seafood/sostiram Masukkan sos ikan Masukkan perah lemon 1 biji Masukkan gula (sos ni kena manis sebab kena balance masam lemon) Dah menggelegak masukkan bancuhan tepung jagung Last skali renjiskan minyak bijan dan curah atas ayam...tabur biji bijan kalau nakπŸ˜‰ Selamat mencuba πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘¨‍🍳😻 Kredit Resepi ini kpd siti fatimah