Catatan

KARIPAP RANGUP

Imej
 Resepi Karipap Rangup ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿณ๐Ÿณ 1kg tepung gandum 1cawan tepung beras 1cawan minyak masak dipanaskan 2 sudu makan marjerin 1 sk garam 450ml air (lebihkurang) Cara : campurkan tepung beras, tepung gandum dan minyak masak yg dipanaskan dengan marjerin, gaul dengan spatula sampai menjadi seperti serbuk roti, larutkan garam dalam air dan masukkan dalam adunan tepung, uli sampai jadi doh. Simpan dlm esbok 10mnt baru canai nipis utk dapat kulit rangup. ๐ŸŒฟResepi inti keledek/kentang Dua ketul keledek potong dadu Bawang merah dikisar atau dadu 2 sb Serbuk kari daging babas 1/2 cawan air Kiub ayam, gula dan garam Tumis bawang, masukkan serbuk kari, keledek, air dan perasa, masak sampai keledek empuk. ๐Ÿ„๐Ÿ“Kalau nak tambah daging atau ayam kena letak sedikit halia dan lada Kredit : Roshidah Abu bakar shidah

KEK OREN

Imej
RESEPI KEK OREN  1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan) 3 sudu teh sunquick 1 1/2 cawan gula 4 biji telur 1 cawan minyak Sedikit garam Bahan Kering : 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking powder Cara : Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas. Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati. Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan. Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang ๐Ÿ™‚ Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa. Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! ๐Ÿ˜ Kredit : Nieza Nor Hamira

AYAM CILI SERAI

Imej
AYAM CILI SERAI Bawang besar  Bawang putih  Halia  Serai  Kunyit Cili padi  Semua blend. Goreng, taruk ayam pastu tambah sayur kesukaan. Siap sudah.

SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Imej
 SUP AYAM HALIA LADA HITAM Bahan: - Ayam - Serai (dipotong & diketuk) - Halia (dihiris) - 1 sudu makan lada hitam - 3 ulas bawang putih - 3 ulas bawang merah & beberapa ulas bawang putih - Daun bawang - 1 sudu gula - Garam Cara penyediaan : 1. Masakkan air sehingga panas. 2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam. 3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula. 4. Tutup & biarkan ia masak. 5. Masukkan bawang putih & daun bawang. 6. Siap! Kredit : Ummi

ROTI GARLIC DAN MUSHROOM SUP

Imej
 Roti Garlic & Mushroom Soup  Bahan-bahan Mushroom Soup: 300ml air 500ml susu segar 1 kiub ayam 1/2 sudu teh daun parsley 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar mentega 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) Cara-cara: ๐ŸŒธ Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam. ๐ŸŒธ Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati. ๐ŸŒธMasukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi. ๐ŸŒธBancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi. ๐ŸŒธ Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.  ๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih Roti Gardenia Bawang Putih Mentega Secubit garam (tak mau buh takpa) Daun Parsley Cara-cara: ๐ŸŒน Tumbuk bawang putih ๐ŸŒน Gaul ke dalam mentega ๐ŸŒน Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati ๐ŸŒน Sapu ke atas roti ๐ŸŒน Dan bakar api atas bawah (oven) Sedia ! Kredit: Nur Sakinah

NASI GORENG SARDIN

Imej
 NASI GORENG SARDIN Bahan bahan: 1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg 1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja 4 ulas bawang merah - hiris 3 ulas bawang putih - hiris 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai 1 batang karot - potong dadu 3 biji telur 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa Sedikit garam - jika perlu Minyak untuk menumis Bahan hiasan: Daun sup Cili merah Bawang goreng Cara masak : Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap jer. Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi. Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sebelum dihidangkan, ...

PUDING JAGUNG

Imej
 PUDING JAGUNG  1 cawan jagung 1 cawan tepung kastard 1 cawan setengah gula 1/2 cawan susu pekat 5 cawan santan Garam secubit rasalah bancuhan tu dulu๐Ÿ˜‰ Gaulkan kesemua bahan kacau rata dulu dlm periuk supaya tidak berketul ye.. Dah ok cantik letak atas dapur nyalakan api yg kecil jg api marak nanti puding cepat berketul dan tak cantik๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚kejadiaannya. Kena sabar ye kacau puding selalu jg tinggalkan dia walau sekejap๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌselama 25 minit or 30 minit dah mendidih ja tutuplah api dan cepat2 tuang dlm try untuk dptkan puding yg licin dan cantik ye๐Ÿ˜.. Jg biar lama nanti dah sejuk berketul kejadian puding tak lawo.๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œmengerutu jadinya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Tambahan ye sis dah buat dan potong sedap sgt tp lembik sedikit.. Kalau lembik boleh buh tpg jagung cikit ye.. Masak tu nak tahu dia keras ke tidak bila kita kaup balik bancuhan puding tu dia jatuh lambat kalau masih bertali laju ja jatuhnya bancuhan tu tandanya belom masak lagi ye๐Ÿ˜‰.Minta maaf tau sebab sis pun pertama kali ikut resepi dr kaw...