NASI GORENG SARDIN
NASI GORENG SARDIN
Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg
1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 batang karot - potong dadu
3 biji telur
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit garam - jika perlu
Minyak untuk menumis
Bahan hiasan:
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng
Cara masak :
Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai.
Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.
Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap jer.
Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.
Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Sebelum dihidangkan, tabur daun sup, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Kredit : Azie Kitchen

Ulasan
Catat Ulasan