Catatan

AYAM CILI SERAI

Imej
AYAM CILI SERAI Bawang besar  Bawang putih  Halia  Serai  Kunyit Cili padi  Semua blend. Goreng, taruk ayam pastu tambah sayur kesukaan. Siap sudah.

SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Imej
 SUP AYAM HALIA LADA HITAM Bahan: - Ayam - Serai (dipotong & diketuk) - Halia (dihiris) - 1 sudu makan lada hitam - 3 ulas bawang putih - 3 ulas bawang merah & beberapa ulas bawang putih - Daun bawang - 1 sudu gula - Garam Cara penyediaan : 1. Masakkan air sehingga panas. 2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam. 3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula. 4. Tutup & biarkan ia masak. 5. Masukkan bawang putih & daun bawang. 6. Siap! Kredit : Ummi

ROTI GARLIC DAN MUSHROOM SUP

Imej
 Roti Garlic & Mushroom Soup  Bahan-bahan Mushroom Soup: 300ml air 500ml susu segar 1 kiub ayam 1/2 sudu teh daun parsley 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar mentega 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) Cara-cara: 🌸 Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam. 🌸 Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati. 🌸Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi. 🌸Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi. 🌸 Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.  💚💚💚💚💚💚💚💚💚 Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih Roti Gardenia Bawang Putih Mentega Secubit garam (tak mau buh takpa) Daun Parsley Cara-cara: 🌹 Tumbuk bawang putih 🌹 Gaul ke dalam mentega 🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati 🌹 Sapu ke atas roti 🌹 Dan bakar api atas bawah (oven) Sedia ! Kredit: Nur Sakinah

NASI GORENG SARDIN

Imej
 NASI GORENG SARDIN Bahan bahan: 1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg 1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja 4 ulas bawang merah - hiris 3 ulas bawang putih - hiris 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai 1 batang karot - potong dadu 3 biji telur 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa Sedikit garam - jika perlu Minyak untuk menumis Bahan hiasan: Daun sup Cili merah Bawang goreng Cara masak : Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap jer. Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi. Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sebelum dihidangkan, ...

PUDING JAGUNG

Imej
 PUDING JAGUNG  1 cawan jagung 1 cawan tepung kastard 1 cawan setengah gula 1/2 cawan susu pekat 5 cawan santan Garam secubit rasalah bancuhan tu dulu😉 Gaulkan kesemua bahan kacau rata dulu dlm periuk supaya tidak berketul ye.. Dah ok cantik letak atas dapur nyalakan api yg kecil jg api marak nanti puding cepat berketul dan tak cantik😂😂😂kejadiaannya. Kena sabar ye kacau puding selalu jg tinggalkan dia walau sekejap😬😬selama 25 minit or 30 minit dah mendidih ja tutuplah api dan cepat2 tuang dlm try untuk dptkan puding yg licin dan cantik ye😍.. Jg biar lama nanti dah sejuk berketul kejadian puding tak lawo.😜😜mengerutu jadinya😅😅😅 Tambahan ye sis dah buat dan potong sedap sgt tp lembik sedikit.. Kalau lembik boleh buh tpg jagung cikit ye.. Masak tu nak tahu dia keras ke tidak bila kita kaup balik bancuhan puding tu dia jatuh lambat kalau masih bertali laju ja jatuhnya bancuhan tu tandanya belom masak lagi ye😉.Minta maaf tau sebab sis pun pertama kali ikut resepi dr kaw...

AYAM MANGGA

Imej
 AYAM MANGGA - 1/2 ekor ayam dipotong kecik, goreng dengan tepung bestari. - 1 biji mangga muda disagat - 1 biji bawang besar dihiris nipis - 1 biji tomato dihiris nipis@ ikut suka  ( *campurkan mangga,bawang serta tomato & Ketepikan) Bahan sos : - Bawang merah kecik 2 biji - Bawang putih 4 ulas - Cili kecik *untuk yang suka pedas - Sos cili ( agak² 4-5 sudu ) - Sos tomato ( agak² 2-3 sudu ) - Perahan Limau nipis ( 1 biji ) - Pati oren sunquick ( 2 sudu mkn )  - air sedikit. - garam, gula. Cara membuat : - tumbuk bawang serta cili hingga lumat dan tumis hingga kekuningan. - Masukkan bahan² lain serta perasakan dengan garam dan gula hingga cukup rasa masam,manis. - setelah sos pekat, tutup api dan masukkan ayam & 1/2 mangga,gaul sebati. - hidangkan ayam dalam pinggan dan tabur lebihan mangga untuk lebih menarik😉. Kredit : Dee Diana Haser

SAMBAL KERANG CILI PADI

Imej
 SAMBAL KERANG CILIPADI --------------------------------------------- Bawang harus lebih, hiris kasar n separuh masak.. masa mkn tu terasa kerangupannya...  Sape suka cara ni.. kita geng!... 😘 RESEPI ------------ 2kg Kerang direbus dan asingkan isinya 10ulas Bawang merah* 5ulas Bawang putih* Segengam cilipadi* 4bj lada hidup* 1inci kunyit hidup* 2keping asam gelugor Minyak utk menumis Garam n perasa 1bj bawang besar dihiris CARA ---------- @ isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan. @ kisar kasar semua bahan bertanda* @ tumis bahan kisar td, campurkan asam keping dan perasakan @ bila tumisan dah betul2 garing, masukkan kerang td dan hirisan bawang besar. Gaul rata. Tarraa.. dh boleh makan... Kredit : Hafizan Hashim Akok Open