Catatan

AKOK

Imej
  Resepi akok 👇🏻 ☘️6biji telur ☘️2keping nise / gula melaka besar (kalau yg kecil 3keping) ☘️1cawan santan ☘️Garam 1/2 sudu kecil ☘️3sudu makan tepung gandum ☘️1/2 cawan air Masak gula melaka atau nise dgn air dan letak sehelai daun pandan..lps tu blend semua bahan di atas sehingga sebati (sy kacau dgn tgn je)..siap utk di bakar..saya bakar guna trio cupcake.. Nak bakar guna oven pon boleh.. suhu 180 masa 20 minit..api atas bawah Kredit :Siti Sarah hamid

DAGING / AYAM UNGKEP JAWA

Imej
 RESEPI DAGING/AYAM MASAK UNGKEP JAWA cara bonda mak mertuaku... Asminah parit lapis BAHAN A Bahan Kisar: 5 biji bwg kecik 3 biji bwg putih 5 tangkai cili kampung / cili api (nak pedas berasap sila tambah cili) 3 sdb ketumbar 2 sdb jintan manis (Ketumbar, jintan blend jangan halus sangat) 1 inci halia 1 inci kunyit Bahan Lain: 1 kg daging/ayam Garam secukup rasa 1 sdb gula 1 cwn air Minyak 2 btg serai (diketuk) kuali Cara buat: Blender bahan A hingga lumat. (gaulkan dengan daging - biarkan sekejap (perap sekejap) Panaskan minyak. Tumis serai yang diketuk tadi sampai agak layu Tumis hingga naik bau. Masuk kan daging. Tutup dan kecilkan sikit api. Kalau kering dan daging belum empuk sangat masukkan air sikit. perasakan garam gula. Masak hingga kering. Siap dan MasyAllah sedap. Enak dimakan dengan nasi atau lontong. ikut suka. Kredit:  Norazlina Mohamad

BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG RANGUP

Imej
 Resepi bancuhan tepung goreng pisang rangup 👉tepung beras 300g 👉telor 1bji 👉kapur mkn ckit je,anggaran 1/3 sdt 👉pwarna kuning 👉garam ckit 👉air secukupnya Cara2 👉bncuh kapur mkn ngn air ckit kmudian msukkan tpung bras. 👉masukkn garam,pewarna,air n last msukkn telor n kacau smpai sbati n x ketul2.(ltak air jgn cair biar agk2 lekat dkat pisng n jgn pekat sgt nanti x cntik bl d goreng). *ms goreng myk biar betul2 panas n gunakn myk byk biar pisang btul2 tggelam.jgn kecilkn api nati x cantik. Kredit Resepi : asmaziey mokhtar

RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI

Imej
 RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI . Bahan-bahan: 8 ketul ayam 3 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1/2 biji bawang besar* 1/2 inci halia* 1/2 inci lengkuas* 1/2 inci kunyit* 3 batang serai* 20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda * 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk) 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk) santan dari sebiji kelapa daun kunyit (hiris halus) 1 sudu kecil kerisik gula melaka garam air asam jawa . Cara: 1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati. 2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam. 3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa. 4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

KUEWTIAU SUP FISHBALL

Imej
 Resepi Kuewtiau Sup Fishball Bahan-bahan 1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang 1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan. 1 pek kecil fishball dibelah dua. 1 pek kecil fishcake - dihiris nipis. Cara nak buat dia: 1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api. 2. Ehhh dah siap dah. Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih. Minyak bawang putih: Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap. Cili Kicap: Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yan...

MELTED CHEESY FRIED CHICKEN

Imej
  Melted Cheesy Fried Chicken. Potong dada ayam, taburkan black pepper dan mixed herbs. Letakkan sekeping cheese dan tutup. Kunci ayam tu dengan lidi supaya tak terbuka. Salutkan dengan tepung bestari dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Siap. 

AYAM STIM CHINESE

Imej
AYAM STIM CHINESE  ----------------- ayam - potong kecil-kecil 3sb kicap cair 2st minyak bijan 1st serbuk lada hitam 2st gula garam daun bawang halia 2" caranya: ayam diperap bersama kicap..myk bijan n serbuk lada hitam..gula dn garam sedikit..(agak2 masinnya) perapkan selama sejam kemudian aturkan didlm loyang pengukus n taburkan dgn halia dn daun bwg..kukus hingga ayam masak.. siap... Sumber Kredit : Zarina Ayna

MAYONIS, SOS LADA HITAM DAN SOS CILI THAI HOMEMADE

Imej
 MAYONIS, SOS LADA HITAM DAN SOS CILI THAI HOMEMADE  Boleh tahan sebulan kalau simpan dlm fridge.  Resepi Mayonis telur 4 biji( yg belum dimasak😄..amik putih dan kuning tlur skli ye ) Gula 4 sudu besar Garam satu sudu besar Lemon separuh biji..(air perahan lemon..klu x de..boleh gntikn dgn sesudu besar cuka mkn) Minyak msk 2 cawan.. Cara2 Masukkn smuanya kecuali minyak dn blend..blend sebati baru masukkn minyak dan blend hingga putih likat..kemudian Masakkn dgn api yg paling kecik kacau hingga pekat..jgn smpai mndidih pulk ye..ikut pekat yg kite mahu je..dh sejuk blend kn utk dptkn tekstur yg halus..siap!! Resepi sos black papper 2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam(klu nk rase lebih pedas boleh lebihkn ye) diblend dgn air rendaman tu skli.. Tepung gndum 3 sudu besar 1 biji Bwg holland dicincang Kiub ayam seketul Air secwn(lebihkn pun boleh) 3 sudu besar butter Sos lada hitam 2 sudu besar(x de pun x pe) Sos tiram 2 sudu besar( klu x nak isi pun x pe) Kicap 2 sudu utk wr...

KERABU MAGGIE

Imej
 KERABU MAGGIE  Bahan-bahan; 3 bungkus Maggie Thai/Siam 1 biji buah tomato-hiris 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland Sejengkal batang celery Segenggam daun ketumbar 1 biji cili merah besar 1 sudu sos ikan-jika suka 1 sudu air asam limau-jika suka 2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai). Bahan Lauk: Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball Cara-caranya: 1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak. 3. Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake(Sebentar sahaja, rebus secara berasingan) 4. Keluarkan seafood. 5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. 6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG! Kredit : Cik Wan Kitchen

KUIH KE ANG

Imej
KUIH KE ANG Bahan Kuahnya 1/2 tin santan pekat 1 ekor ikan kembung ]panggang, ambil isi dan tumbuk. 1 - 1 1/2 s/b halba 2 ulas bwg merah ]* 1 inci halia }*mayam halus sedikit belacan/kiub bilis Caranya Masuk semua bahan dalam kuali/periuk. Guna api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Ketepikan. Bahan Kek Ang 150 gm gandum air utk menguli sdkt garam Caranya 1.Panaskan air utk rebus kek ang nanti. 2.Uli gandum sehingga menjadi doh. Canai nipis2 dan potong bentuk 4 segi. 3.Masuk dalam air yg mendidih, bila timbul angkat dan toskan. Cara hidang 1.Campurkan kek ang dalam kuahnya dan panaskan seketika, gaul sebati. 2.Bila dah hampir mendidih, padam api. Siap. Kredit : Chef Isey

UNGKEP AYAM

Imej
 Ungkep Ayam Bahan kisar: 1/2 ekor ayam 20 biji cili padi (nak pedas lebihkan) 1 inci halia 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu biji ketumbar 1 sudu jintan manis 1 sudu jintan putih 1 inci kunyit Bahan lain: Serai (titik) Asam keping Cara: 1. Tumis bahan blnd smpy pecah minyak. 2. Masukkan ayam dan serai bersama dengan sedikit air. 3. Masak dengan api kecil (tutup dengan tudung periuk). Kemudian, masuk sekali asam keping. 4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak daun limau purut untuk naikkan aroma. 5. Masak hingga kering. Kalau nak berkuah, lebih kan air. Siap. Kredit : Ziela Mazlan

AYAM GORENG SOS PLUM

Imej
 Ayam Goreng Sos Plum Bahan: 🌸 dada ayam - dipotong kecil 🌸 sedikit lada putih, 🌸 garam dan tepung jagung 🌸 3 biji kentang - potong dan goreng kejap Bahan A : 5 ulas bawang merah - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 1 inci halia - dikisar 3 biji cili merah - dikisar Bahan B:  🌸3 sudu besar sos plum - guna brand life 🌸2 sudu besar sos cili thai 🌸 1 sudu besar sos tiram 🌸 garam dan gula secukup rasa 🌸 sedikit kiub ayam Cara memasak : Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat. Kredit : Dapur Chef Wan...

ROTI TELUR CHEESE

Imej
 Roti telor cheese 😁😁😁 2 keping roti gardenia - potong 3 bahagian 2 keping cheddar cheese - potong 3 bahagian Sosej - rebus dan hiris nipis 2 biji telor - campurkan dengan dry oregano dan lada sulah Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh.. Makan panas-panas...yummy... Kredit : Salimah Olie

KEK CARROT MOIST

Imej
 kek carrot moist🥕🥕🥕 -------------------------- bahanA: *4 biji telur A *1 1/2 cawan minyak jagung *1 cawan gula perang halus(kalau gula perang yg kasar kisar dulu ye) *2 1/2 cawan parutan carrot *1 cawan nenas dlm tin dicincang kasar *1 cawan kacang walnut dibakar dan dicincang *1/2 cawan kismis hitam di cincang kasar  Bahan B: *2 cawan tepung cap baker choice.kalo takde guna la cap apa pun *2 sudu teh baking powder *1 sudu teh soda bikarbonat *1 sudu teh garam halus *2 sudu teh serbuk kulit kayu manis *1 sudu teh serbuk pala (semua bahan diayak terlebih dahulu) cara: *pukul telur,gula perang dan minyak menggunakan whisk sahaja hingga sebati dlm 5 minit *kemudian masukkan bahan B sikit2 dan gaul hgga rata. *masukkan parutan carrot,nenas,kismis hitam dan kacng walnut dan kacau lagi. *masukkan dlm loyang 7 inci yg dilapik dgn baking paper kemudian bakar suhu 170° selama 50 minit atau hingga masak..bergantung oven masing2 ye.. 🌹Yang saya guna ni loyang 6 inci utk 3 loyang so...

SPAGHETTI CARBONARA

Imej
 Resepi Spaghetti Carbonara  Bahan-bahan; - Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego) - Olive oil secukupnya - Bawang putih (potong dadu) - Bawang holland (potong dadu) - Udang (buang kulit) - Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris) - 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor) - 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady) - Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak) - Blackpepper Aji-Shio Bahan-bahan hiasan; - Chilli Flakes McCormick - Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai) Cara-caranya; 1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu. 2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau. 3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris. 4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream. 5. Perasakan garam & secuk...

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Imej
 KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE Bahan-bahan (A) 1/2 kg kuey teow 3 biji telur - pukul hancur sahaja (B) 5-7 ulas bawang putih - cincang halus Udang dan sotong jika suka minyak secukupnya untuk menumis (C) 1/2 sdm sos tiram 1/2 sdt kicap cair 1sdt kicap pekat manis - Sue tambah 1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja 1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah 1 sdm sos cili - Sue tambah *Satukan sebati* Tauge secukupnya Daun kucai jika suka  Cara 1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna. 2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering. 3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api. *Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur* Kredit: Sue

COLEK SEDAP

Imej
 COLEK SEDAP 3 sudu gula 1 sudu garam kasar 1 sudu cuka 3 sudu kicap 3 biji cili padi - dipotong halus 1 inci belacan  1. Satukan semua bahan2 di atas. Kalau nak tambah udang kering dan kacang sangai tumbuk pun boleh. 2. Gaul semua bahan hingga sebati. 3. Kuah pencicah ni biar pekat dan tak cair baru sedap. 4. Rasa colek ni masin, manis, masam, pedas semua ada, selamat mencuba. Kredit : Azira Mamat

ACAR BUAH

Imej
 Resepi Acar Buah Bahan- bahannya 📌Minyak masak1kilo 📌Kulit kayu manis 3btg 📌Halia 350gm 📌Bawang besar 1 kg(hiris nipis) 📌Cili kering 150gm(Blander) 📌Rempah kari daging 140gm 📌Daun kari 📌Gula 500gm 📌Garam 📌Ajinamoto 📌Cuka 1 cawan 📌 8 jenis buah berlainan (5kg)  📌Kismis 300gm 📌Lobak manis 300gm CARA MEMBUATNYA: -🌹 Tumis kulit kayu manis sehingga wangi..masukkan halia dan bawang tunggu sehingga sedikit garing baru masukkan daun kari. 🌹Masukkan cili kering kisar tadi masak sehingga pecah minyak dgn api perlahan 🌹Kemudian masukan rempah kari daging dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit.. Api jgn kuat.. 🌹Apabila semua bahan dah masak cantik masukkan bahan perasa dan gula beserta cuka.. 🌹Selepas tu masukkan lobak manis dan buah- buahan yang keras terlebih dahulu,kacau sehingga empuk baru masukkan buah yang selebihnya bersama dgn kismis.. 🌹Akhir sekali masukkan cili api...kacau sehingga sebati dan betul2 masak 🌹 Siap dihidang 🌹 Kredit : Juliana Nasir

ROTI CANAI HOMEMADE

Imej
 ROTI CANAI HOMEMADE  1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros) 1biji telur 2 sudu majerin 1sudu kecil garam(larutkan dalam air) 1/2 cawan air sejuk peti ais 2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti *masukan air garam+telur *masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn *bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih) *canaikan jd mcm dlm gambar *sedia utk dimasak Kredit : Daily Masak

KEK SUSU KUKUS

Imej
 KEK SUSU KUKUS 🌷2 cawan tepung gandum 🌷1 cawan gula halus 🌷3 sudu besar susu pekat manis 🌷1 cawan susu cair 🌷4 biji telur size A 🌷1 sudu teh esen vanilla 🌷1 sudu besar ovallate 🌷1/4 sudu teh garam halus 🌷1/4 cawan minyak jagung 1. Putar telur, gula ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam menggunakan mixer sehingga putih gebu. 2. Masukkan minyak jagung dan tepung gandum. Putar lagi hingga sebati. 3. Bahagikan adunan ke dlm 4 mangkuk yg sama saiz. Warnakan dgn pewarna kuning, coklat, merah dan hijau kacau rata. 4. Ambil loyang dan sapukan mentega kemudian tuang adunan berselang seli ke dlm loyang. 5. Letak loyang dlm periuk kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup dgn rapat (tudung periuk diikat dgn kain supaya kek tidak menjadi bantat). 6. Kukus selama 35 minit guna api sederhana. 7. Bila kek masak, angkat dan sejukkan. Sedia utk dinikmati. Kredit  : Wan Wok