ACAR BUAH
Resepi Acar Buah
Bahan- bahannya
📌Minyak masak1kilo
📌Kulit kayu manis 3btg
📌Halia 350gm
📌Bawang besar 1 kg(hiris nipis)
📌Cili kering 150gm(Blander)
📌Rempah kari daging 140gm
📌Daun kari
📌Gula 500gm
📌Garam
📌Ajinamoto
📌Cuka 1 cawan
📌 8 jenis buah berlainan (5kg)
📌Kismis 300gm
📌Lobak manis 300gm
CARA MEMBUATNYA:
-🌹 Tumis kulit kayu manis sehingga wangi..masukkan halia dan bawang tunggu sehingga sedikit garing baru masukkan daun kari.
🌹Masukkan cili kering kisar tadi masak sehingga pecah minyak dgn api perlahan
🌹Kemudian masukan rempah kari daging dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit.. Api jgn kuat..
🌹Apabila semua bahan dah masak cantik masukkan bahan perasa dan gula beserta cuka..
🌹Selepas tu masukkan lobak manis dan buah- buahan yang keras terlebih dahulu,kacau sehingga empuk baru masukkan buah yang selebihnya bersama dgn kismis..
🌹Akhir sekali masukkan cili api...kacau sehingga sebati dan betul2 masak
🌹 Siap dihidang 🌹
Kredit : Juliana Nasir

Ulasan
Catat Ulasan