Catatan

AIR SIRAP MAK SU

Imej
AIR SIRAP MAK SU Bahan-bahannya seperti berikut, 1 Kg gula pasir 1 Sudu besar jintan manis 1 Sudu besar buah pelaga 2 Helai daun pandan 2 Sudu sirap Air secukupnya Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air. Selamat mencuba! Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su. Kredit : Azizah Zainudin

KETUPAT DAUN PISANG

Imej
  KETUPAT DAUN PISANG 1 Beras pulut - 4 cawan 2 Santan - 2 biji kelapa 3 Daun pandan - 1 helai 4 Daun pisang - 1  5 Garam - Secukup rasa Caranya  - Rendam beras pulut 2 jam - Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan. - Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh. - Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang. - Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit. - Ok siap dah. - Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅 - Selamat mencuba. Kredit : Hairul Hamid

NASI ARAB LANINA

Imej
NASI ARAB LANINA (portion utk 4 orang makan) Bahan-bahan untuk rebusan : 4 potong ayam (saya guna whole leg) 4 mangkuk air bersih 1 kiub ayam 1 biji tomato (potong 4) 1 labu bawang besar (potong 4) 2 biji lada hijau (potong 4) 1 batang kulit kayu manis 1/2 camca ketumbar biji 1 /2 camca jintan manis biji 1/2 camca lada hitam biji Bahan-bahan untuk tumis : 1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang 1/2 camca ketumbar 1 /2 camca jintan manis 1/2 camca lada hitam biji 1 helai daun pandan Cara-cara : 1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa , terpulang pada anda . pastikan air rebusan ada rasa yg secukupnya , sebab nasi arab ni tak banyak lauk , jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam . 2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika . 3. Sementara itu , tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukka...

NASI AYAM WARISAN

Imej
Nasi Ayam Warisan Ayam: 1 ekor ayam - dipotong dan rebus (halia+ serai + bawang putih +secubit garam). Rebus separuh masak sahaja.  *Masukkan air lebih untuk masak nasi nanti* Kemudian, perap ayam (Tumbuk halus halia + bawang putih + sedikit kicap pekat + garam + penambah perisa (pilihan) + sedikit air rebusan ayam). Perap lebih kurang 15 minit - Kemudian goreng. Sedia untuk dihidang. Nasi:  - Cuci beras dan toskan - Tumis guna mentega bawang merah + bawang putih + halia + rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)  - Masukkan beras, gaul sebati dan tambah air rebusan ikut sukatan beras.  - Masukkan sedikit serbuk kunyit + secubit garam + 2 helai daun pandan kemudian kacau sebelum ditinggalkan supaya warna sebati.  *Guna periuk noxxa - tumis guna mode stir fry...dah masuk semua. Guna mode hp7 (periuk lama), guna mode rice 7 minit (periuk baru)* Sambal lada: - Cili padi merah + cili merah besar + bawang putih + sedikit air rebusan ayam+ gula + sed...

NASI DAGANG EXPRESS

Imej
NASI DAGANG EXPRESS  Bahan2  6 cawan beras nasi dagang  6 cawan air  1/2 cawan santan pekat  Halba secukup rasa  Bawang merah 4 ulas  Halia secukup rasa  Garam secukup rasa  Cara-cara: 1. Masak beras nasi dagang dgn mode HP7 minit.  2. Lepas tu masukan santan pekat, ngan halba bawang putih, halia, garam. Gaul rata.  3. Kemudian steam 2 minit.  4. Dah masak, gaul rata, kemudian steam lagi 2 minit 5. Sedia untuk dimakan bersama gulai kari ikan tongkol atau gulai kari ayam Cara manual tanak nasi dagang 1. Rendam beras semalam atau 5 jam lebih 3. Kukus beras hingga naik wap. 4. Angkat, gaul santan pekat, halba, Bawang dan halia.  5. Kemudian kukus lagi sekali sehingga masak.  6. Sedia untuk dimakan 🐟Gulai kuning ikan tongkol Bahan-bahan: 1 ekor tongkol - potong dan rebus (rebus semalam lagi sedap) Bawang merah Bawang putih Lengkuas Kunyit Asam keping Santan Garam secukup rasa Pilihan tambahan - timun (potong ikut cit...

PUDING CENDOL

Imej
 PUDING CENDOL  Bahan A: Lapisan bawah 10 gram Agar-agar tali 1000 ml air ½ cawan gula kastor 1 kotak kecil santan 1 helai daun pandan Sedikit garam 2 cwn cendol Bahan B: Lapisan atas 10 gram Agar-agar tali 1000 ml air ½ cawan gula kastor ½ cawan gula melaka 1 kotak kecil santan 1 helai daun pandan Sedikit garam Cara-cara: 1. Bahan A : Masak agar-agar dahulu sehingga hancur, masukkan gula , santan dan garam 2. Bila dah mendidih masukkan cendol. Tutup api 3. Masukkan kedalam acuan dan sejukkan 4. Bahan B : Masak agar-agar sehingga hancur, masukkan gula kastor,gula melaka , santan dan garam 5. Sebelom nak dimasukkan kedalam acuam.. lorekkan terlebih dahulu lapisan cendol supaya lapisan bercantum. 6. Tapis adunan bahan B kedalam acuan 7. Siap, sejukkan sedia dihidang. Selamat mencuba  Kredit resepi : Dapur ibu 🌷

PUDING TEMBIKAI

Imej
 *PUDING TEMBIKAI* ✍️ *Bahan A* 4 Keping roti 1 cawan susu cair 1/2 cawan air 1/2 cawan gula  1 biji telur gred A/B 1 sk esen vanilla  ✍️ *Bahan B* 1 peket agar2 (10g) *Cara-cara*:  Kisar halus semua bahan A. Tuangkan ke dalam kuali & campurkan 3 cawan air. Masak dengan api sederhana dan kacau rata Kemudian masukkan bahan B (agar2). Masak sehingga mendidih.    Kemudian, masukkan dalam bekas. Asingkan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian masukkan pewarna merah, hijau & original Kemudian, masukkan ke dalam loyang saiz 8". Ikut susunan warna. Hijau, putih dan merah. 👉 biarkan sejuk, potong kepada beberapa bahagian.  Hiaskan dengan coklat chip.  Sedia untuk dihidang. Kredit : Dapur Panas K.Roz🔥