NASI AYAM WARISAN
Nasi Ayam Warisan
Ayam:
1 ekor ayam - dipotong dan rebus (halia+ serai + bawang putih +secubit garam). Rebus separuh masak sahaja.
*Masukkan air lebih untuk masak nasi nanti*
Kemudian, perap ayam (Tumbuk halus halia + bawang putih + sedikit kicap pekat + garam + penambah perisa (pilihan) + sedikit air rebusan ayam). Perap lebih kurang 15 minit
- Kemudian goreng. Sedia untuk dihidang.
Nasi:
- Cuci beras dan toskan
- Tumis guna mentega bawang merah + bawang putih + halia + rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
- Masukkan beras, gaul sebati dan tambah air rebusan ikut sukatan beras.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit + secubit garam + 2 helai daun pandan kemudian kacau sebelum ditinggalkan supaya warna sebati.
*Guna periuk noxxa - tumis guna mode stir fry...dah masuk semua. Guna mode hp7 (periuk lama), guna mode rice 7 minit (periuk baru)*
Sambal lada:
- Cili padi merah + cili merah besar + bawang putih + sedikit air rebusan ayam+ gula + sedikit cuka + sedikit garam
-Kemudian masak sekejap sehingga hilang bau cili
Kicap:
-Air rebusan ayam + halia + bawang putih + kicap pekat (sikit) + kicap lemak manis + gula + garam
-Masak hingga mendidih
Sup:
-Air rebusan ayam + ayam (bahagian tulang2 - leher, kepak, kaki) + sup bunjut (atau Serbuk sup) + bawang merah + halia + bawang putih+ kiub ayam + garam
- Siap untuk dihidang.
- Hiasan, masukkan daun sup + daun bawang + cili potong + bawang goreng).
Hidang ikut kreativiti salad, timun dan tomato.
Selamat mencuba
Kredit : Mirza

Ulasan
Catat Ulasan