UDANG SANGGUL



UDANG SANGGUL

Bahan-bahan: 
20 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Air secukupnya
Kulit popia secukupnya

Cara-cara: 
Bersihkan udang dgn dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Perapkan dgn sedikit garam (sedikit sahaja) & serbuk lada sulah. Ketepikan. Bancuh tepung gandum dgn air sehingga mendapat bancuhan yg sederhana pekat. Ketepikan.
Ambil beberapa keping kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Kemudian, lipat dua & gunting menjadi juraian2 yg halus memanjang. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum. Lilitkan udang dgn juraian kulit popia sehingga menutup semua bahagian kecuali ekor. Goreng sehingga garing & kekuningan. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili & mayonis.

Nota: Selain udang, boleh jugak menggunakan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yg dipotong memanjang.

Selamat mencubaπŸ’πŸ’

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI