RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)


 RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)

.

Masakan 2 Dalam 1  ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN  yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan . 

.

🦑500gram sotong (dicuci bersih)

🦑4 batang kacang panjang (dipotong serong)

🦑5 batang cili padi merah (dipotong)

🦑1 labu bawang merah (dipotong)

🦑1 batang serai (dihiris)

🦑4 helai daun limau purut

🦑½ sudu kecil serbuk lada hitam

🦑1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce

🦑2 sudu besar sos ikan

🦑½ sudu kecil serbuk perasa

🦑  Garam (jika perlu)

 🦑 Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

.

BAHAN KISAR

🦑4 batang cili merah

🦑4 batang cili hijau

🦑1 labu bawang merah

🦑3 ulas bawang putih

sedikit air

.

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .

2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .

4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .

5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .

.

Kredit: Nurul Ateekah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI