AYAM PADPHEK
*AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original )*
π Bahan blend
Kunyit Hidup - 3
Bawang Merah - 4 Biji
Bawang Putih - 4 Biji
Serai - 2 Batang
Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong )
Lada kering - 1 Biji
Cili api - 5
Halia
Belacan
Asam keping - 1 ( Masa Tumis )
πBahan Perap
Ayam
Kunyit
π Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.
Cara - Cara
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi.
3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan.
4.Anak2 yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..
Selamat Mencuba π·

Ulasan
Catat Ulasan