APAM TAPAI NASI


 Apam Tapai Nasi


2 cwn tepung beras ( cap bunga teratai )


1 cwn gula pasir ( saya letak 3/4 cwn )


1 cwn tapai nasi


2 cwn air


1 pkt eno ( kaler biru )


Acuan kecil sapu minyak


Cara2 buat-


Satukan semua bahan2,blend sampai halus dan sebati kemudian tapis


Perap dalam bekas bertutup,selama 4-5 jam


Selepas perap,masukkan eno,kacau sebati


Tuang adunan dalam acuan kecil


Kukus selama 15 minit,api sederhana


Pastikan air kukusan betul2 mendidih


Balut penutup kukusan dengan tuala bersih


Cara Buat Tapai Nasi-


3 cwn nasi sejuk


1 ketul ragi


Sediakan tupperware,masukkan nasi sejuk,lerai2kan nasi tu,kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis


Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi,tutup,balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari


Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi


Jika suka apam warna wani,boleh letak pewarna dalam aduna


Kredit : Nawar Azhar


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI