TALAM PANDAN


 TALAM PANDAN 

RESEPI*

Tepung talam pandan


Bahan utk lapisan bawah:

1 cwn tepung beras

1 s/b tepung jagung

1/2 cwn gula pasir ( saya tambah 2 s/b lagi )

2 cwn santan cair + sedikit garam

1 cwn air pandan + sedikit pewarna hijau

1 s/b air kapur ( ambil yg jernih )


Cara msk lapisan bawah:

Panaskan kukusan dn sapukan sedikit minyak pada loyang 8 inci dn kukus sebentar

Satukan semua bahan2 d atas ke dlm mangkuk,kacau rata tapiskan

Masak adunan d atas api perlahan sehingga naik wap dn sentiasa di kacau

Tuangkan adunan ke dlm loyang yg d panaskan tadi dn kukus sehingga msk selama 20 minit

# sementara itu bolehlah di sediakan bahan2 utk lapisan atas #


Bahan utk lapisan atas:

1/2 cwn tepung beras

4 s/b tepung jagung

3 cwn santan sederhana pekat

1 s/k garam


Cara msk lapisan atas:

Satukan semua bahan2 d atas,kacau rata tapiskan

Masak adunan d atas api perlahan sehingga naik wap dn sentiasa d kacau supaya adunan tdk berketul

Bila adunan lapisan bawah telah msk,cakarkan sedikit permukaan dgn garpu

Kemudian tuang adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi

# sekiranya ada sedikit air di atas lapisan bawah tadi,serap menggunakan kertas tisu dn cakar2kan #

Kukus lagi selama 20 minit,guna api sedang kecil jek ( kalau guna api kuat,bila lapisan putih tu dh msk,ianya akan merekah dan permukaannya tidak licin)

Setelah kuih masak,angkat dan sejukkan,sejukkan betul2 sebelum di potong dgn pisau plastik yg telah di sapu dgn sedikit minyak dn sedia di hidangkan


# pastikan kukusan betul2 mendidih,balut penutup kukusan dgn tuala supaya wap air tdk menitik ats adunan #

# saya x balut penutup dgn tuala,setiap 5 minit saya buka penutup dn sendengkan ke tepi supaya air wap jatuh ke dlm periuk kukusan #


Sumber resepi:yatiememories

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim


Saya bukan peniaga kuih.tp saya suka makan kuih2 lama dan saya suka mencuba resepi2 dari blog,google,fb.kuih saya balut plastik sbb senang nk makan,tangan tak melekit.


Kredit: Eniza M.Salim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI