KARI KAMBING MAMAK


 RESEPI KARI KAMBING MAMAK

===========================

(olahan dr resepi mamak haji & chef wan)


1 kg daging kambing batang pinang ~ sy guna mutton cube

2 biji tomato ~ potong baji

Garam secukup rasa

2 sudu besar cuka tiruan

1 1/2 cawan santan

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar minyak sapi

10- 20 helai daun kari.


*Pes Rempah dikisar halus ngan sikit air

15 ulas bawang merah

2 labu bawang besar

3 cm halia

6 ulas bawang putih


*Rempah Ratus

6 kuntum bunga cengkih

2 cm kulit kayu manis

6 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang


*Rempah Serbuk bancuh ngan skit air

1 s.besar garam marsala ~ xletak

1 s.teh serbuk lada putih

3 s.besar rempah kari daging

2 s.besar cili serbuk ~ kurangkn kalu xnk pedas

1 s.besar serbuk jintan putih

1 s.besar serbuk ketumbar

1 s.besar serbuk kunyit


CARA MEMASAK:)


1. Masukkan cuka, garam 1/2 sudu kecil, 1 sb pes rempah kisar, 1 sb serbuk cili dan serbuk kunyit, sebatikan bahan2 & sapukan/gosokn pd permukaan daging kambing.


2. Peramkan daging tadi semlman/2 jam paling kurang dlm peti sejuk.


3. Panaskan minyak sapi & minyak masak di dlm periuk atau kuali


4. Masukkan daun kari, rempah ratus & pes rempah. Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.


5. Masukkan pes rempah serbuk. Biarkn semua campuran ni masak hingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkn semua kandungan air dalam pes itu telah sejat & da masak.


6. Masukkn daging. Kacau selalu selama kira2 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah & perisa meresap ke dalam daging.


7. Tambahkan air secukupnya paras tenggelam daging. Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau hingga daging empuk.


8. Masukkan tomato, santan & perasakan secukupnya dengan garam. Siap!


Daging kambing ni kalu xbetul cara xsyok nk mkn kalu kuat bebenor bau nye. Alhamdulillah setakat ni masak kambing bau tu ade tp kurang la, kalu xde bau langsung kurang kick la plak kn. Cara nye sy rebus dulu daging kambing ngan daun pandan, halia, skit garam sampai empuk. Teknik ni kalu nk masak nasi arab kambing atau sup. Untuk kari, perapn ngan rempah2 sebelum kite masak, rempah2 tu akn kurangkn bau kambing


Kredit : Aneka Resepi Cake


#karikambing

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI