SIZZLING YEE MEE


SIZZLING YEE MEE


Bahan tumis:

5 ulas bawang putih

1 inci halia (hiris besar melebar)

5 tangkai cili kering (ikut nak pedas)

2 sb Minyak masak

1 sb Minyak bijan


Bahan lain:

Ayam

Cendawan shitake

3 sb sos tiram

5 sb kicap manis

Lada hitam

3 sb kicap cair

5 sb tepung jagung (bancuh dgn air)

Air secukupnya

Telur

Sawi

Yee mee

Stok ayam


Cara-cara:


1. Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil.

3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam.

4. Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil.

5. Biarkan sehingga mendidih. Pastu masukkan air. Masak sehingga ayam betul2 empuk.

6. Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk.

7. Perasakan dengan stok ayam jika mahu.

8. Kemudian masukkan air tepung jagung dan masak hingga pekat.

Untuk hidangkan

1. Ceduk kuah, masukkan yee mee & sawi. Apabila kuah sudah mengelegak, pecahkkan teluar dan masukkan lagi kuah. Bila mee sudah lembut dan telur masak boleh angkat dan hidangkan. Makan dengan cili potong.

Selamat mencuba!

Kredit : Norfaezawati Wahid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI