KOKTEL BUAH


 RESEPI KOKTEL BUAH (Fruit Cocktail)


-2 tin susu cair

-1 tin laici / longan

-1 tin buah untuk koktail

-1 sudu susu pekat (ikut tahap kemanisan masing-masing)

-Nata de coco

-Sumi Jelly

-Ais batu


Cara-caranya:


1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)


2. Masukkan susu manis (optional untuk tambah manis, jika suka) kalau rasa dah manis tidak perlu masuk kan susu pon.


3. Kacau campuran tadi sehingga susu sebati bersama campuran tadi.


4. Selepas itu barulah boleh masukan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.


5. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

 

*tujuan kita masukkan susu/gula sebab kita masukkan ais, bila ais cair nanti risau manisnya hilang.


Kredit : Alma

.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI