SOTONG BAKAR BERSAMBAL


 RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBALπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.

10 tangkai lada kering - dikisar

4 ulas bawang kecil

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih 

4 biji buah keras

1 btg serai

2 sudu besar sos tiram

air asam jawa -secukupnya

garam dan gula

Sedikit minyak masak

Cara2:

1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)

2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)

3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.

4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak

5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit : Dzanariah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI