CHEESEKUT LELEH BANJIR






 Resipi Cheesekut Leleh Banjir


Bahan-bahan:

1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)

1/2 tin susu pekat

1/4 cawan susu segar

250g cream cheese Tatura

*Serbuk Milo sebagai topping (optional, apa-apa bahan lain pun boleh)


Cara buat:

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.

2. RENDAMKAN BISKUT

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. LAPIS-LAPISKAN

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING

Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.

5. SEJUKKAN

Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!

Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.

Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.


Kredit: Tun Natasya


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI