DOH PIZZA


DOH PIZZA


Bahan bahan :


1kg tepung gandum ( tak perlu tepung roti)


22gm yis kering / 2 peket yis mauripan / 3 sudu yis timbang


3 sudu makan gula pasir


450 ml air paip


200 - 250 gm marjerin


Cara cara :


1. Campurkan bahan kering, tepung gandum, yis dan gula pasir.


2. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai doh sekata.


3. Masukkan pula marjerin dan uli doh smpai sebati dan licin.


4. Utk roti piza tak perlu uli smpai elastik..sbb doh yg elastik akn menghasilkan roti yg sgt lembut.. roti yg sgt lembut kurg sesuai utk dijadikan roti piza kerana bila letak topping yg byk di atas piza akan mnyebabkan roti jadi benyek dan lembik.


5. Kemudian timbang doh 150- 180gm utk piring saiz 7 @ 8 inci.


6. Canai doh dh letak dlm piring piza yg disapu myk.


7. Tolak dgn jari dhujung sisi doh utk menghasilkan border di sekeliling doh.


8. Tunggu roti kembang sepenuhnya sebelum dibakar pada suhu 250° selama 2-3 minit sahaja.. atau sehingga roti sedikit perang.


9. Selepas roti masak, keluarkan dr piring piza dan letak diatas jaring utk mngelakkan roti berwap di bahagian bawah. 


10. Tunggu sejuk sebelum dibungkus.


Kredit: Usahawan Roti Dan Kek

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKOK

AYAM STIM CHINESE

SOTONG MASAK ALA THAI